Lelaki tunggang motosikal lebih 200 kilometer untuk edar dadah

Chukai : Seorang lelaki sanggup menunggang motosikal sejauh lebih 200 kilometer untuk menjual dadah ditahan polis, di Kampung Gelugor, Kerteh, kelmarin.

Suspek berusia 36 tahun yang tinggal di Jertih, Besut itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam sebelum polis menemui dadah dianggarkan bernilai RM28, 500.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, suspek ditahan di tepi jalan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, ketika ditahan, suspek dikatakan tidak memberi kerjasama kepada anggota polis dan keadaan itu menyebabkan berlaku pergelutan di antara suspek dengan polis.



“Hasil pemeriksaan ke atas beg sandang milik suspek menemui sembilan paket plastik berwarna biru yang mengandungi 1,800 biji pil yang disyaki pil kuda dengan berat 174.91 gram.

“Polis turut merampas tiga botol plastik bertudung kuning yang berisi serbuk putih dipercayai dadah kira-kira 16.64 gram serta merampas sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z, ” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, hari ini.

Mohd Haki berkata, hasil ujian air kencing, mendapati suspek positif dadah methamphetamine.

” Suspek ditahan reman tujuh hari dan suspek turut mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah iaitu dua kes mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dua kes mengikut Seksyen 15 (1), akta sama.



“Semakan turut mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan samun, culik, pecah rumah serta ugutan jenayah,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati dan Seksyen 15 (1) (a), akta sama dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5, 000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

“Melalui tangkapan itu, ia adalah tangkapan ke 67 kes membabitkan suspek yang ditahan berhubung dengan kesalahan dadah mengikut Seksyen 39B ADB yang dilakukan polis Kemaman.

“Kita memberi peringatan untuk terus menggempur tokan dadah ini melalui operasi besar-besaran menggunakan pasukan khas iaitu pasukan jihad dadah bagi memastikan Kemaman bebas dadah, “katanya-HM



Pemuda PPBM gantung 2 pemimpin termasuk Adun ditahan kes dadah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker