Teresa Kok boleh tuntut balik duit RM 780j dari Guan Eng -Najib

Pihak KWSP di bawah kuasa kerajaan PH pun tidak tahan dengan tuduhan tidak berasas Terea Kok dan telah keluarkan kenyataan bahawa harga pembelian tanah Kwasa Damansara adalah adil dan mengikut harga pasaran.

Walaupun Teresa Kok masih tidak puas hati bahawa tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM) selepas itu dijual tanpa tender kepada KWSP pada tahun 2012 dengan harga RM2.28 bilion (RM18.70 untuk setiap kaki persegi) tetapi dua tahun selepas tanah ini diusahakan, KWSP mula menjual sebahagian dari tanah ini dengan harga RM187 untuk setiap kaki persegi.

Pihak Teresa Kok masih bertanya di mana perginya wang RM780 juta iaitu beza antara harga RM1.5 bilion yang dibeli dari LGM oleh syarikat Aset Tanah Nasional Berhad dan harga RM2.28 bilion yang dijual dua tahun kemudian kepada KWSP.

Saya telah jelaskan bahawa syarikat Aset Tanah Nasional Berhad ialah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.

Jika Teresa Kok ingin tahu apa terjadi dengan wang diterima syarikat itu dari KWSP hasil dari penjualan tanah, dia boleh tanya Guan Eng kerana semua rekod ada di Kementerian Kewangan.

Kalau Teresa Kok masih tak puas hati, boleh “claim” balik RM780 juta itu dari Guan Eng.

Sudah tentu Teresa ada nombor telefon Menteri Kewangan?

Ataupun Teresa telah ditendang keluar dari grup WeChat DAP?

Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker