Jangan dengar, terpengaruh pandangan ‘haprak’ – PM

Rakyat termasuk masyarakat desa dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan pandangan yang tidak berfaedah atau ‘haprak’ pihak lain terhadap usaha kerajaan untuk memperkasakan ekonomi mereka terutama dalam kalangan usahawan desa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan melalui pelbagai agensinya berperanan membantu rakyat sekali gus perlu diberi perhatian oleh rakyat melalui janji yang dilaksanakan bukan sekadar dilafazkan.

“Hari ini Karnival Usahawan Desa (KUD) ini direncanakan berbulan lalu, saya minta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah) untuk memberi ruang mengangkat lagi martabat (usahawan desa) dan strategi diselarikan dengan kegiatan halal.



“Kita tahu halal ini sekarang bukan hanya di negara Islam, ia dikembangkan sehingga ke negara China, Eropah dan tentunya di negara Arab, maknanya peluang memang ada. Selarikan dan dengar pandangan serta nasihat (kementerian) supaya kita dapat tingkatkan mutu pengeluaran untuk mendapat hasil lebih baik.

“Kita (akan) bantu, saya hendak beritahu tak mudah kita dapat menteri yang begitu prihatin, cari jalan untuk tingkatkan pendapatan desa, ambil peluang ini, jangan dengar pandangan ‘haprak’ yang lain,” katanya ketika berucap pada program Mini Karnival Usahawan Desa di Dataran Amanjaya di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa, walaupun pimpinan dalam kerajaan silih berganti, namun pihak yang diberikan mandat untuk mentadbir harus memikul amanah harus menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Ekonomi desa tidak akan mampu berkembang sekiranya pemimpinnya hanya berfikir untuk ‘menyakau’.  Nak cakap soal ekonomi desa, kalau pimpinannya asyik kira nak sakau macam mana nak jaga rakyat, ada orang yang bicara tapi tak amalkan.



“Ada sekarang ini asyik caci maki hentam sindir, orang politik sindir perdana menteri kena ‘balun’ (hentam) teruk. Pelajar pun kena hentam sekarang, kita negara yang ada undang-undang ada hukum, bukan hukum belantara, ada yang boleh dan ada yang tak boleh,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan komited untuk membantu masyarakat miskin di negara ini dan kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM460.2 juta untuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negara bagi tahun ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih



Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker