View Chin, Mira kembali bersama

View Chin, Mira kembali bersama

Pasangan yang sebelum ini pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi, View Chin dan pekerjanya, Amirah Aqilah kembali bersama dalam siaran langsung selepas beberapa bulan ‘terpisah’.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Amirah Aqilah atau lebih dikenali dengan panggilan Mira memaklumkan bahawa dia dan View Chin kini kembali.



“We are back (kami sudah kembali),” tulisnya pada laman Instagram.

Difahamkan pasangan itu kembali bersama sempena jualan 7.7 yang diadakan secara langsung hari ini.

Tangkap layar klip video yang memaparkan pasangan kontroversi itu kembali bersama bersiaran langsung di media sosial.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mendoakan agar pasangan itu bertemu jodoh secepat mungkin.

“Moga dipermudahkan jodoh kalian,” tulis ajuyeen.



Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai nur.umairah4969.

“Mira dan View Chin sepadan, semoga bertaubat dan berubah sama-sama ke arah yang lebih baik. Semoga mira dapat tunjuk Islam yang lebih baik kepada View Chin,” ujarnya.

Terdahulu, kisah View Chin dan Mira menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas bekas isterinya, Shermine Hau Ah Moi mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan mereka berdua di aplikasi WhatsApp.

Wanita itu turut mendakwa bekas suaminya mempunyai hubungan istimewa dengan pekerja tersebut dan menjadi punca kepada keretakkan rumah tangganya. K Online



View Chin, Mira kembali bersama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik



Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar



Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker