5 parah dalam tembakan rambang di kedai arak


LOUISIANA – Lima orang dimasukkan ke hospital selepas cedera parah ditembak di sebuah kedai arak di Shreveport, dekat sini.

Setakat ini belum diketahui siapa yang melepaskan tembakan itu.

Polis sedang mengesan kereta Ford berwarna putih.

Ketika kejadian empat orang berada di luar kedai, di Hearne Avenue, Shreveport, sementara seorang orang berada di dalam kedai, menurut laporan stesen televisyen.

Sebanyak 11unit polis berada di tempat kejadian yang berlaku sekitar jam 9 malam waktu tempatan pada hari Ahad.

Kejadian itu berlaku di tengah perbahasan mengenai kawalan senjata api di Amerika Syarikat susulan insiden minggu lalu yang mana seorang lelaki bersenjata menembak mati lapan orang dan mencederakan beberapa yang lain di sebuah kemudahan FedEx di Indianapolis.

Suspek kemudian eragut nyawanya sendiri. MG

Lapan terbunuh ditembak dalam serangan di Kilang Fedex

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker