Mercun Raya Tiba Lagi! Jual Pelbagai Mercun Dua Lelaki Ditahan Polis

KEMAMAN: Padah menjual dan memiliki pelbagai jenis mercun bernilai kira-kira RM2,500, dua lelaki ditahan dalam dua serbuan di Kampung Bukit Kuang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, serbuan pertama kira-kira pukul 1.35 pagi membabitkan seorang pemandu jengkaut berusia 22 tahun di sebuah rumah kos rendah Bukit Kuang.

Katanya, pemeriksaan menjumpai 62 kotak dan sembilan peket plastik yang mengandungi pelbagai jenis mercun.



19 sekolah di Selangor diarah tutup

“Lelaki kedua yang merupakan operator kilang berusia 24 tahun ditahan setengah jam kemudian di perumahan sama berdekatan dengan lokasi suspek pertama dan kita merampas 17 kotak dan lima paket plastik pelbagai jenis mercun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, hasil soal siasat mendapati kedua-kedua suspek mengaku mula menjual barang terlarang tersebut sehari sebelum Ramadan.



Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Letupan 1957.

Gantung Parlimen adalah kesilapan terbesar – Shahrir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker