Tersilap hantar foto bogel kepada tukang baiki rumah


LONDON-Seorang wanita yang sedang mencari tukang tampal rumah untuk dapurnya tanpa sengaja terhantar foto dirinya sedang berbogel kepada tiga tukang rumah berbeza, lapor akhbar Daily Mail.

Roseanne Dodge, 52, dari Buckinghamshire mahu mengambil gambar siling dapurnya yang perlu ditampal dan mendapatkan tukang rumah menerusi Facebook.

Dia bagaiamanapun terlupa kewujudan satu cermin di situ dan dirinya yang sedang berbogel jelas terlihat menerusi refleksi cermin itu.

Dodge kemudian menerima jawapan balas daripada tukang rumah pertama yang menulis terpaksa menolak kerja tersebut kerana gambar tidak profesional yang dihantar Dodge.

“Saya minta maaf kerana terpaksa menolak kerja ini, saya tidak tahu gambar yang dihantar itu sengaja atau pun tidak namun anda mungkin perlu melihat semula gambar tersebut.

“Saya rasa ini sangat tidak profesional,” demikian mesej yang ditulis tukang rumah itu.

Dodge berkata, ketika foto itu diambil, dia baru bangun dari katil dan terus mengambil gambar dindingnya tanpa seurat benang.

Tukang rumah kedua pula tidak memberikan maklum balas manakala tukang rumah ketiga pula, akaun Facebooknya diurus oleh pasangan wanitanya.

Wanita itu hanya ketawa dan memberitahu Dodge bahawa teman lelakinya tidak melihat foto itu dan menganggap Dodge tidak perlu risau tentangnya. Dia juga terus memberi sebut harga untuk servis yang ditawarkan. Agensi

Polis siasat kumpulan sembang Telegram kongsi gambar lucah wanita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker