Akhirnya Spurs Pecat Mourinho!

LONDON: Jose Mourinho dipecat Tottenham hanya selepas 17 bulan membimbing kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.

Ini bukan kali pertama pengendali dari Portugal itu berdepan situasi ‘dipecat’, malah tiga pemecatan terdahulu berlaku ketika dia membimbing kelab England – Chelsea (dua kali) dan Manchester United.

Spurs mengalami musim yang malang tahun ini yang menyaksikan kelab London itu terkeluar dalam kelompok lima terbaik liga dalam sekelip mata selain tersingkir daripada saingan Liga Europa.

Mourinho sebelum ini berdepan dengan tekanan yang hebat susulan prestasi hambar anak buahnya dan kini ditunjukkan jalan keluar oleh pemilik kelab, Deniel Levy.

[VIDEO] Netizen Persoal Layanan ‘Double Standard’ Setelah Penganjur Sukan Lumba Hanya Dikompaun RM20,000

Bekas pemain tengah Spurs, Ryan Mason dijangka mengambil alih tempat Mourinho sebagai pengurus sementara sambil dibantu Chris Powell sehingga tamat saingan hujung musim ini.

Pengurus tetap bagi menggantikan Mourinho yang juga bekas pengendali Chelsea dan Manchester United akan diumumkan pada musim panas ini

Sukan Sea Vietnam hanya tawar 11 jenis sukan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker