Harimau muncul di laluan ke Ulu Tembeling

Harimau muncul di laluan ke Ulu Tembeling

JERANTUT: Penduduk di kawasan pedalaman Ulu Tembeling yang sering menggunakan laluan Kuala Tahan ke Ulu Tembeling diminta sentiasa berwaspada kerana terdapat kelibat seekor harimau berkeliaran di kawasan itu terutamanya di waktu malam.

Seorang penduduk, Mohd. Izat Abd Ghani, 34, berkata, dia dan dua rakannya yang dalam perjalanan berkereta dari Kampung Kuala Sat ke Kampung Pagi telah terserempak seekor Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) pada pukul 9.30 malam tadi.

Katanya, mereka bertiga menaiki kereta dalam perjalanan pulang dari tempat kerja pada mulanya tidak menyangka laluan yang kerap dilalui tiba-tiba muncul harimau kerana selalunya yang pernah melintas di situ seperti babi hutan, tenggiling dan gajah.

“Ketika kami dalam perjalanan balik dan menghampiri di lokasi Bukit Awan, tiba-tiba muncul seekor Harimau Malaya berlari di atas jalan raya.

“Ketika memandu, saya terkejut melihat harimau belang ini mula melintas sambil menoleh ke arah cahaya lampu kereta kami dan kemudiannya menyusup di bawah besi penghadang kanan jalan lalu masuk ke dalam semak,” katanya ketika ditemui di Kampung Pagi, di sini, hari ini.

Katanya, mereka sempat merakam video berdurasi 30 saat apabila terserempak haiwan itu ketika dalam perjalanan pulang.

Seorang lagi penduduk Kampung Pagi, Mokhtar Abdullah, 32, berkata, penebangan hutan untuk pengeluaran kayu balak secara besar-besaran dipercayai habitat harimau liar dan haiwan lain terganggu serta musnah termasuk kawasan rayau mencari makanan.

“Harimau belang dan juga gajah liar cuma tinggal bersembunyi berdekatan Kampung Pagi dan penempatan lain di pesisir Sungai Tembeling kerana habitat hidupan ini sudah terancam.

“Haiwan liar seperti Harimau Malaya dan gajah akan keluar pada waktu malam merayau-rayau di pinggir kampung untuk mencari makanan dan kadang-kadang terserempak dengan penduduk Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat dan penempatan lain di Ulu Tembeling,” katanya. Aw

Harimau muncul di laluan ke Ulu Tembeling


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker