Peruntukan Ahli Parlimen, Kerajaan kini guna semula taktik PN

Ahli Parlimen Sarawak mendakwa Putrajaya menggunakan “taktik” Perikatan Nasional (PN) dalam agihan peruntukan kepada wakil rakyat, mengimbau pengalaman sama dilaluinya dua tahun lalu.

Dalam hantaran di Facebook, Larry Sng membuat keputusan “sukar” keluar Pakatan Harapan (PH) untuk menyertai PN pada 2021 kerana berdepan kekangan dana dan tekanan hebat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mengambil maklum empat Ahli Parlimen Bersatu baru-baru ini mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan hari ini, Ahli Parlimen Julau berkata: “Saya melihat kerajaan perpaduan menggunakan ‘taktik’ menggoda Ahli Parlimen berkenaan tunduk. Mungkin ini adalah karma.”

Sng, yang juga presiden Parti Bangsa Malaysia, bagaimanapun berkata beliau kecewa Ahli Parlimen mengambil keputusan seperti itu.

Katanya, kerajaan sepatutnya mempunyai landasan moral tinggi dan meluluskan undang-undang memberi peruntukan sama rata di Parlimen kepada semua wakil rakyat tanpa mengira hubung kait politik mereka.

“Dengan cara itu, tidak kira siapa pun berkuasa, tiada akan merasai tekanan dengan berkompromi prinsip asas mereka dalam usaha membantu rakyat.”

Sng berharap pimpinan kerajaan mengambil perhatian dengan syor dikemukakannya, sambil menambah beberapa Ahli Parlimen kerajaan sendiri ada menyuarakan perkara itu.

“Itulah yang sebetulnya dilakukan.”

Hari ini, Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik isytihar menyokong kerajaan, menjadikan beliau Ahli Parlimen keempat daripada Bersatu berbuat demikian.

Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang Azizi Abu Naim berkata, beliau memutuskan menyokong kerajaan demi kesejahteraan rakyat di kawasan diwakili dan memastikan pembangunan berterusan.

Dua lagi wakil Bersatu, Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, juga menyokong pentadbiran Anwar dengan menyatakan alasan sama.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker