Capex Petronas tidak terjejas dengan bayaran dividen RM50 bilion – Kenanga Research

Capex Petronas tidak terjejas dengan bayaran dividen RM50 bilion – Kenanga Research

Petronas dijangka meningkatkan perbelanjaan modal (capex) pada separuh kedua 2022 yang dilihat akan memberi manfaat kepada syarikat minyak dan gas tempatan (O&G) yang kecil.

Pada separuh pertama, Petronas membelanjakan capex sebanyak RM18.9 bilion, disumbangkan terutamanya menerusi projek huluan.



Menurut Penganalisis Kenanga Research, Steven Chan, pemain industri seperti Dayang Enterprise Holdings Bhd akan mendapat kelebihan daripada permintaan yang lebih tinggi daripada kerja-kerja penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian (MCM) luar pesisir dan pentauliahan dan sambungan (HUC).

Katanya, aktiviti segmen brownfield yang lebih tinggi seperti perkhidmatan telaga serta perkhidmatan dan pengoptimuman pengeluaran telaga pula akan memberi manfaat kepada Uzma Bhd manakala Velesto Energy Bhd meraih kelebihan dari segi peningkatan permintaan bagi pelantar jack-up.

“Bagaimanapun, terdapat kebimbangan mengenai capex Petronas yang akan terjejas apabila ia meningkatkan komitmen dividennya kepada kerajaan sebanyak RM50 bilion tahun ini berbanding RM25 bilion pada 2021.

“Kami tidak melihat ini sebagai gangguan kerana Petronas dijangka merekodkan hasil tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) yang lebih kukuh (tanpa berlaku kejatuhan utama dalam harga minyak pada separuh kedua).



“Selain itu, Petronas juga memiliki penampan tunai yang kukuh sebanyak RM103 bilion, tertinggi sejak 2018,” jelasnya dalam nota kajian pada Isnin.

Pada 30 Ogos lalu, Petronas mengumumkan dividen tambahan sebanyak RM25 bilion, menjadikan angka keseluruhan pembayaran dividen kepada kerajaan berjumlah RM50 bilion tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata pembayaran dividen yang akan dibuat pada akhir 2022 itu adalah pembayaran kedua tertinggi selepas RM54 bilion termasuk RM30 bilion dividen khas yang dibayar pada 2019.

Namun, beliau turut menekankan pembayaran tambahan itu juga bergantung kepada garis panduan obligasi yang dilaksanakan membabitkan peruntukan modal bagi memastikan perniagaan Petronas berjalan seperti biasa dan mengambil kira keperluan syarikat untuk terus berkembang.



Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2022, Petronas merekodkan pendapatan sebanyak RM172.1 bilion, berbanding RM109.6 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya manakala keuntungan selepas cukai (PAT) melonjak 146% kepada RM46.4 bilion, berbanding RM18.8 bilion sebelum ini.

Petronas pada Mac lalu dilaporkan bercadang untuk melabur di antara RM40 bilion hingga RM50 bilion bagi capex pada tahun ini disokong oleh harga minyak yang lebih tinggi.

Peruntukan itu adalah sama seperti jumlah sebelum pandemik COVID-19 dan lebih tinggi daripada capex pada 2021 dan 2021.

Sehubungan itu, Chan mengekalkan pandangan ‘overweight’ terhadap sektor O&G dipacu harga minyak mentah yang kukuh, dirangsang oleh perbelanjaan capex dan aktiviti yang semakin meningkat.
“Kami turut mengekalkan unjuran harga minyak mentah Brent sekitar AS$100 hingga AS$110 setong bagi 2022 hingga 2023.



“Ini berbeza daripada unjuran Petronas antara AS$90 hingga AS$95 setong pada separuh kedua dengan cenderung kepada penurunan pada 2023,” katanya. DN

Capex Petronas tidak terjejas dengan bayaran dividen RM50 bilion – Kenanga Research


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami



Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker