Pekida pertahan Fadhlina laksana Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

SHAH ALAM – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) akan mempertahankan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek daripada sebarang bentuk asakan dan desakan menghalang pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.

Presidennya, Datuk Mohd Foad Mat Isa berkata, dakwaan pelaksanaan modul itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan hak kebebasan beragama tidak sepatutnya berbangkit kerana ia hanya untuk pelajar Islam.

“Pekida mengutuk sekeras-kerasnya cubaan menghalang modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dilaksanakan sekolah arus perdana atau sekolah kebangsaan.



“Kami menyokong penuh hasrat dan perancangan kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendidik pelajar Islam supaya cemerlang dalam pelajaran dan berakhlak mulia menerusi modul ini.

“Kami turut menyokong penuh usaha murni Fadhlina menjadikan Hadis 40 Imam Nawawi sebagai panduan hidup pelajar,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan MCCBCHST yang sebelum ini mendakwa tindakan KPM melancarkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi berkemungkinan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

MCCBCHST turut membantah rancangan KPM untuk mengedarkan modul itu di sekolah arus perdana atau kebangsaan atas alasan kebebasan dan menghormati hak beragama.



Tegas Mohd Foad, pihaknya mengingatkan mana-mana pihak terutama pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk tidak sama sekali mempolitikkan isu tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah



Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker