Remaja paling pendek di dunia 73.43 sm

DOR ditemani oleh abangnya, Nara (kanan) ketika menghadiri majlis penyerahan sijil rekod dunia. – AFP

KATHMANDU – Seorang penduduk Nepal diiktiraf sebagai remaja lelaki paling pendek di dunia oleh Guinness World Records kerana memiliki ketinggian 73.43 sentimeter (sm), lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Dor Bahadur Khapangi, 18, diberikan sijil pengiktirafan di Kathmandu baru-baru ini, demikian menurut laporan media tempatan.

Beberapa gambar menunjukkan dia bersama abangnya, Nara Bahadur Khapangi menghadiri majlis penganugerahan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Nepal, Dhananjay Regmi.

Dor juga dilihat berjalan bersama anak saudaranya, Om Kumari Pulami Magar menjelang acara yang diadakan oleh pertubuhan pelancongan negara itu.



“Remaja paling pendek (lelaki) ialah Dor Bahadur Khapangi (Nepal, dilahirkan pada 14 November 2004) yang berukuran purata 73.43 sm di Kathmandu, Nepal pada 23 Mac 2022,” demikian menurut kenyataan pada sijil Guinness World Records yang diterima oleh remaja itu.

Sebelum ini, Jyoti Amge dari India telah diiktiraf sebagai remaja perempuan terpendek di dunia pada 2009 kerana berketinggian 61.95 sm. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker