Aliff tak lekang berdakwah – rakan

Aliff tak lekang berdakwah – rakan

RAKAN baik kepada pelakon Aliff Aziz, Shahidan Izwan mendedahkan penyanyi itu berada dalam keadaan baik walaupun berdepan pelbagai tekanan pihak luar selepas terbabit dalam kes tangkap khalwat, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Shahidan turut menyampaikan pesanan Aliff yang memohon doa diberi kekuatan untuk menjalani rintangan yang akan datang.

“Saya tidak pasti dengan keadaannya sebab kami pun sudah lama tak berjumpa dan setakat ini, kami ada berhubung menerusi telefon. Dia baik-baik saja, tetapi dia tak berkongsi apa-apa, cuma minta doa agar dia kuat.

“Apa pun bagi saya kita doakan sahajalah, moga perkara ini dapat diselesaikan dengan lancar. Saya pun risau. Buat masa sekarang alhamdulillah dia semakin baik,” katanya kepada HibGlam semalam.

Mengenali rapat penyanyi asal Singapura itu, Shahidan enggan memberikan sebarang komen tentang sejauh mana kebenaran suami kepada Bella Astillah itu melakukan perkara tidak senonoh tersebut.

Saya sedia maklum akan hal yang berlaku dan agak terkejut jugalah, namun namun, saya pun tiada di tempat kejadian, jadi tak berani cakap apa-apa kerana takut boleh jatuh fitnah,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai keperibadian Aliff sepanjang mengenalinya lebih dua tahun, Shahidan menyifatkan bapa kepada dua orang cahaya mata itu seorang yang suka menegur kesalahan selain sering menyampaikan ajaran Islam.

“Alhamdulillah dengan saya, dia seorang yang baik, selalu menegur kalau saya buat silap. Malah dia pun tak lekang dengan berdakwah sebenarnya.

Dia pun tak terlalu bergaul dengan ramai orang, misalnya kalau nak keluar beli keperluan penggambaran atau nak ‘man talk’ pun dengan saya. Itu sajalah,” jelasnya.

Pada 8 Mac lalu Aliff bersama Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di ibu kota.

Kedua-dua mereka kemudian tampil memohon maaf, selain menafikan mempunyai hubungan istimewa seperti didakwa segelintir pihak.

Aliff dan rakan gandingannya dalam drama bersiri Terjerat itu dijadualkan bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat. HG

Aliff tak lekang berdakwah – rakan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak

Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker