10 kenderaan musnah dalam kebakaran di Batu Pahat

10 kenderaan musnah dalam kebakaran di Batu Pahat

SEBANYAK 10 buah kenderaan musnah dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah dan pusat jualan kenderaan di Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat, pagi semalam.

Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 8.26 pagi.



Sepasukan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat dan Penggaram dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati sebuah rumah separuh kekal telah terbakar sebanyak 80 peratus,” kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, sebanyak empat buah motosikal yang berada di rumah tersebut turut terbakar.

Kebakaran tersebut juga menyebabkan sebuah pusat jualan kenderaan Volkswagen terbakar sebanyak 5 peratus akibat daripada bahang api.



“Enam buah kenderaan milik sebuah syarikat Volkswagen terbakar kira-kira lima peratus dan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian ini”.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.29 pagi dan punca kebakaran serta nilai kerugian masih di dalam siasatan.

10 kenderaan musnah dalam kebakaran di Batu Pahat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker