3 Calon Ketua Pemuda Popular

Pastikan UMNO menang PRU16

Oleh Norzahira

JAWATAN Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan 2023-2026 menjadi rebutan 5 calon.

1. Dr Muhamad Akmal Saleh
2. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
3. Meor Hassan Mat Ali
4. Datuk Arman Azhar Abu Hanifah
5. Datuk Mohd Shahar Abdullah



Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan sebelum ini mengumumkan menarik diri daripada bertanding bagi memberi laluan kepada Dr Muhamad Akmal yang difikirkan lebih layak.

Dari 5 senarai calon Ketua Pemuda Malaysia, 3 diantara mereka merupakan calon popular, iaitu :

1. Dr Muhamad Akmal Saleh
2. Senator Dato’ Arman Azha Abu Hanifah
3. Datuk Mohd Shahar Abdullah

Dr Muhamad Akmal merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin merangkap ADUN Merlimau. Beliau mahu mengambil tanggungjawab untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dalam perubahan yang bakal dibawa sekiranya dipilih menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO. Dr. Muhamad Akmal memiliki misi dan visi yang jelas untuk menawarkan khidmat sebagai Ketua Pemuda iaitu untuk memenangi PRU16.



Senator Dato’ Arman Azha Abu Hanifah pula merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Subang. Beliau mahu mengubah Pemuda UMNO yang kini dilihat tidak progresif kerana mengambil langkah selamat untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang bersifat kebenaran untuk parti. Arman juga berikrar menjalakan tanggungjawab hakikinya bersama barisan kepimpinan Pemuda mempertahankan parti daripada apa jua serangan pihak musuh dan memastikan laungan Hebatkan Pemuda difahami di seluruh peringkat.

Calon Ketua Pemuda popular yang ke 3, Datuk Mohd Shahar Abdullah mahu memastikan sayap pergerakan Pemuda terus menjadi barisan hadapan parti dan jurubicara rakyat dalam segenap lapisan isu melibatkan kepentingan rakyat. Beliau menekankan pada penyuburan Pemuda UMNO di peringkat akar umbi yang perlu dilakukan segera, bagi memastikan penyatuan dan kekuatan pemuda sentiasa utuh untuk sederap selangkah melangkah kehadapan, menjadi perisai parti keramat UMNO.

Siapa pun yang terpilih kelak diharapkan mampu mengambil tanggungjawab untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO. Pastikan orang muda kembali pada UMNO.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker