Jho Low bawah tahanan rumah di Shanghai

China mengawal Jho dengan ketat disebabkan rundingan dengan Malaysia, menurut Bradley Hope, pengarang bersama ‘Billion Dollar Whale’.

Jho Low bawah tahanan rumah di Shanghai

Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, dipercayai berada bawah tahanan rumah di Shanghai, China, menurut pengarang bersama “Billion Dollar Whale”, Bradley Hope.

“China mengawal Jho dengan ketat disebabkan rundingan dengan Malaysia, juga kerana penaungnya dalam perkhidmatan pengintipan ditangkap dan rakan kongsinya di CCCC (China Communications Construction Company) disingkirkan,” katanya.



Hope berkata, daripada aset risikan, Low kini menjadi liabiliti selepas Najib Razak disingkirkan pada PRU 2018.

Semalam, Al Jazeera melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Low dipercayai “bersembunyi” di Macau.

Low didakwa di Malaysia dan Amerika Syarikat atas tuduhan mendalangi penyelewengan USD4.5 bilion dana 1MDB. Beijing sebelum ini menafikan melindungi Low.

Malam tadi, dilaporkan bahawa sumber SPRM mengesahkan Kee Kok Thiam, bekas pembantu Low yang memaklumkan pihak berkuasa Malaysia tentang keberadaan Low di Macau, telah meninggal dunia.



Kee kembali ke Malaysia pada 3 Mei lepas selepas lima tahun berada di luar negara. FMT

Jho Low bawah tahanan rumah di Shanghai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim



Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker