Dihempap papan iklan, wanita patah tulang belikat

Seorang wanita patah tulang belikat selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebuah papan iklan yang terletak di persimpangan lampu isyarat Tok Gajah, Jalan Jerantut-Maran di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3.20 petang, G Muniammah, 57, yang menunggang motosikal jenis Yamaha dihempap sebuah papan iklan yang melayang ke arahnya.

“Ketika penunggang motosikal itu melepasi lampu isyarat berwarna hijau, secara tiba-tiba angin bertiup kencang dan membadai papan iklan terbabit lalu melayang dan menghempap mangsa.



“Pada waktu kejadian juga berlaku hujan dan angin kencang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azman berkata, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi, mata dan dihantar ke Hospital Jerantut untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa yang juga seorang pekerja Alam Flora turut patah tulang belikat akibat kejadian itu dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung



Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker