Tuduhan terhadap saya kerana dia mahu alih isu REE Kedah – Amirudin

Tuduhan terhadap saya kerana dia mahu alih isu REE Kedah – Amirudin

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar pembangkang mengemukakan apa-apa tuduhan yang kebanyakannya dikitar semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan beliau bersedia untuk menjawabnya.

Malah, beliau berkata, kebanyakan tuduhan dibuat itu sudah banyak kali dibangkitkan termasuk ketika Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan Persekutuan.



“Mereka boleh kemukakan dan perkara ini sudah dijawab di Dewan Undangan Negeri (DUN), tapi teruskan (dedahkan penyelewengan), malah laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sudah dibuat dan mereka boleh kemukakan isu itu lagi sedangkan ia sudah dijawab di DUN sebelum ini,” katanya pada sidang media di Pusat Perkhidmatan Rakyat Parlimen Gombak hari ini.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU Pusat, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard mendakwa, ada sekurang-kurangnya tiga lagi penyelewengan oleh Menteri Besar akan didedahkan dalam tempoh 48 jam tiga hari sebelum menjelang hari pengundian, Sabtu ini.

Ahad lalu, Che’gu Bard membuat laporan kepada SPRM mengenai salah laku Amirudin dalam pemberian projek membersihkan Sungai Klang yang dianugerahkan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat.

Beliau mendakwa menyerahkan laporan bersama lampiran hampir 200 helai dokumen berkaitan, termasuk bertaraf sulit antaranya lima Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan salinan perjanjian.



Amirudin berkata, beliau percaya tuduhan dan laporan terhadapnya itu dibuat kerana untuk mengalihkan isu projek unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Katanya, serangan dibuat oleh PN itu dilihat terdesak terutama menjelang hari-hari akhir PRN.

“Kenapa dia nak tuduh kita? Sebab REE di Kedah terlalu menekan dan tidak boleh dijawab dan perputar-putar, akhirnya dia terperangkap,” katanya.

Ditanya dakwaan mengenai 240 hektar tanah percuma diberikan kepada beliau, Amirudin berkata, perkara itu tidak ada asas dan jelas satu fitnah.



“Isu (beri tanah) 240 hektar percuma paling tiada asas, semalam dibangkitkan (saya) terima elaun?. Tiada satu sen pun saya dapat elaun. Paling besar saya dapat karipap dalam mesyuarat… mungkin itu juga dikira rasuah oleh mereka?.

“Malah, laporan SPRM sudah dibuat, saya tak perlu jawab dengan mendalam (kerana) sebahagian besar sudah dijawab, mungkin benda berulang kali, nampak baharu.

“Kenapa kita kekal melantik (syarikat itu) itu? Ia disebabkan (syarikat itu) tidak buat aktiviti perniagaan (sebab ia adalah syarikat bertujuan khas). Ia dipilih Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) pada Mac 2018 kemudian hutang RM40 juta (dengan kerajaan) untuk membersihkan sungai, memang kedudukan kewangan (syarikat) negatif.

“Jadi dah ‘unlock’, kita dedah dengan proses teliti sejak tahun 2019, diikuti tawaran baharu. Daripada lembaga (syarikat) sampai Menteri Besar Incorporated (MBI) dibentang ke Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor,” katanya. BH



Tuduhan terhadap saya kerana dia mahu alih isu REE Kedah – Amirudin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid



Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan



Kenapa saya diceraikan – Adibah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker