Peningkatan Mendadak Bilangan Pelajar Universiti Menjadi Sugar Baby, Apa Sudah Jadi?

 

Pada 10 Februari lalu beberapa media melaporkan kenyataan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook, sebuah syarikat applikasi ala pelacuran yang mempertemukan antara Sugar Daddy dan Sugar Baby, Darren Chan, bahawa:

(1) Bilangan pelajar universiti di Malaysia yang menjadi Sugar Baby melalui applikasinya adalah seramai lebih 14,000 orang.

(2) Bilangan ini semakin meningkat disebabkan kesukaran hidup pelajar universiti sejak kemunculan pandemik Covid-19.

(3) Pada bulan Januari 2021 bilangan pelajar universiti di Malaysia yang menjadi Sugar Baby meningkat sebanyak 40%.

Turut disertakan adalah data mengenai 10 universiti di Malaysia yang pelajarnya paling ramai menjadi Sugar Baby, iaitu:

(1) Sunway University: 3,105 pelajar.
(2) INTI International University: 2,624 pelajar.
(3) Taylor’s University: 1,696 pelajar.
(4) TAR University College: 1,600 pelajar.
(5) Universiti Malaya: 1,280 pelajar.
(6) Monash University: 960 pelajar.
(7) LimKokWing University: 864 pelajar.
(8) University of Nottingham: 832 pelajar.
(9) Multimedia University: 768 pelajar.
(10) Universiti Teknologi MARA: 704 pelajar.

Malaysia Sarang 42,500 ‘SUGAR DADDY’, Ke-3 Tertinggi Di Asia

Bagi saya, data ini sebenarnya tidaklah terlalu mengejutkan kerana saya sendiri pernah, pada 18 Disember 2019, sewaktu mengulas kewujudan billboard Sugarbook di Bangsar dan Mont Kiara, mendedahkan betapa bila saya memasuki website Sugarbook terdapat begitu banyak nama-nama dan wajah-wajah gadis Melayu Islam yang masih muda belia yang tanpa segan silu mengiklankan hasrat mereka untuk menjadi “Sugar Babies” kepada “Sugar Daddies”.

Saya juga telah mendedahkan mengenai strategi Sugarbook mensasarkan pelajar universiti di untuk menjadi Sugar Baby dengan memperkenalkan satu “program pelajar” bagi membolehkan pelajar universiti menyelesaikan masalah kewangan mereka dengan memberikan insentif tertentu kepada mereka yang memohon untuk menjadi Sugar Baby melalui Sugarbook dengan menggunakan email universiti atau dengan memberikan bukti kemasukan ke universiti.

Pendedahan begini, ternyata sekali menimbulkan kemarahan rakyat, termasuk Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad, yang mempersoalkan ke mana perginya suara Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, dan suara Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, yang sepatutnya melindungi wanita muda, khususnya pelajar universiti, di negara ini dari terjebak ke dalam kancah maksiat.

Begitupun, apa yang berlaku ialah tiada sebarang reaksi positif dibuat oleh Kerajaan PH pada waktu itu, malah ada Menteri Melayu Islam dari AMANAH yang menyelar penularan berita mengenai aktiviti tidak bermoral Sugarbook ini kerana kononnya membantu memberi publisiti percuma kepada syarikat itu sedangkan apa yang dibuat adalah usaha untuk membuktikan dan mencegah kemungkaran yang berlaku supaya dengannya kemungkaran dapat dihapuskan.

Di sebalik ketakutan Sugarbook bila melihat gelombang kuat tentangan masyarakat ke atas aktivitinya sehingga ketuanya merayu supaya ia tidak diharamkan, dan di sebalik desakan supaya Kerajaan PH menggunakan undang-undang dan saluran yang ada untuk sekurang-kurangnya memastikan anak-anak muda Melayu Islam tidak lagi mampu untuk dirosakkan secara beramai-ramai oleh pemodal bukan Melayu bukan Islam, tiada apa-apa yang berlaku.

Scha Elinnea Seksi Tapi Bukan ‘Sugar Baby’

Saya sendiri boleh faham bila kerajaan dominasi bukan Melayu bukan Islam seperti PH tidak berani mengambil apa-apa tindakan ke atas Sugarbook kerana pada waktu itu aktiviti sebegini dilihat sebagai sesuatu yang perlu ditoleransi kononnya demi untuk menjaga maslahat yang lebih besar, iaitu untuk menjaga tapak undi dan kuasa, juga sebagai sesuatu yang normal selaras dengan prinsip kebebasan, termasuk kebebasan untuk membuat dosa, khususnya dosa peribadi.

Begitupun, sejak 1 Mac 2020, Kerajaan PH ini telah diganti oleh kerajaan dominasi Melayu Islam yang sepatutnya lebih tegas di dalam mengekang aktiviti kemungkaran seperti yang dibuat oleh Sugarbook ini, oleh itu Kerajaan PN sekarang, khususnya Kementerian Pengajian Tinggi, perlulah mengambil serius pendedahan terbaru Sugarbook bahawa bilangan pelajar universiti yang menjadi Sugar Baby semakin meningkat disebabkan kesukaran hidup mereka.

Tidak malukah kita bila didedahkan secara meluas bahawa salah satu universiti awam tertua dan paling berprestij kita, iaitu Universiti Malaya, berada di tempat kelima dari segi ranking 10 universiti di Malaysia yang pelajarnya paling ramai menjadi Sugar Baby dengan bilangan 1,280 pelajar, manakala satu lagi universiti awam kebanggaan golongan bumiputera, iaitu Universiti Teknologi MARA, pula berada di tempat kesepuluh dengan bilangan 704 pelajar?

Sudah hilang deria rasakah kita?

NOTA:

1. Pendedahan terbaru Sugarbook boleh dibaca di sini: https://technave.com/…/The-top-occupations-of-female…

https://www.malaymail.com/…/survey-malaysia-is…/1948645

https://www.freemalaysiatoday.com/…/more-varsity-girls…/

https://www.freemalaysiatoday.com/…/pandemik-heret…/

2. Komen awal saya mengenai Sugarbook boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/2893343917376314

3. Kenyataan Kamaruzaman Mohamad mengenai Sugarbook boleh dibaca di sini: https://harakahdaily.net/…/aplikasi-sugarbook-malaysia…/

Dr, Kamarul Yusoff

Pandemik heret pelajar universiti ke kancah ‘sugar baby’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker