Ibu Aiman Tino Mohon Maaf Kepada Netizen.. Hubungan Keluarga Dengan Anak Sudah Pulih

Kemelut hubungan kekeluargaan antara Aiman Tino dan ibu bapanya dilihat sudah mulai berhujung damai apabila penyanyi itu sudah meninggalkan komen diruangan Intagram ibunya, Hazelina Mat Jalil.

Sudah berbaik dengan ibu

Dalam beberapa perkongsian di media sosial tersebut, ibu penyanyi berusia 22 tahun itu seakan memberi bayangan bahawa mereka sudah berbaik dan pulih apabila menulis ‘love you forever my son’ dengan disertakan gambar-gambar bersama.



Aiman komen di instagram ibu

Dalam perkongsian tersebut, Aiman juga dilihat membalas ucapan tersebut dengan mengatakan rasa sayang kepada ibu dan juga ayahnya.

Hazelina turut memuat naik gambar Aiman Tino dan Farah Hezel yang juga seorang penyanyi dengan kapsyen ‘permata hatiku’.

Minta maaf atas yang berlaku

Di kesempatan itu, wanita berkenaan juga telah memohon maaf kepada netizen diatas apa yang berlaku sebelum ini. Dia juga turut memaafkan semua pihak yang mengecam mereka sekeluarga agar tidak mempunyai sebarang ‘hutang’ di akhirat kelak.

Hazelina yang selesa disapa Riena mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang memberikan nasihat dan juga kata-kata semangat sepanjang kemelut yang berlaku.



Ramai doakan kebahagian keluarga

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen yang meninggalkan komen diruangan Instagramnya telah mendoakan agar hubungan anak-beranak ini terus berjalan dengan baik.

Mereka juga berharap supaya Hazelina tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan anak-anak yang sedang meningkat dewasa.



Doa ibu tiada hijab

Semoga ibu & Aiman sama2 kuat

Kasih ibu dibawa kesyurga

Sumber: yusririena & OhMM



[VIDEO] Aiman Tino Mohon Maaf, Perjelaskan Wanita Yang Dimaksudkan Ibu…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker