Khalid Samad masih jual idea Khemah Besar walaupun ditolak Rafizi

Parti Amanah Negara (Amanah) akan terus berjuang untuk menyatukan parti pembangkang supaya berada di bawah “khemah besar” bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, berkata strategi “khemah besar” tidak seharusnya dilihat membabitkan parti Pakatan Harapan (PH), sebaliknya perlu melibatkan Pejuang, Warisan dan Muda.

“Pendirian Amanah ialah pembangkang perlu disatukan. Ini termasuk Pejuang, Warisan dan Muda. Apa perlukan khemah besar untuk PH. Semestinya konsep khemah besar melibatkan selain PH, tetapi hanya pembangkang,” katanya kepada Malaysiakini.



Khalid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir bahawa parti itu turut mengadakan pertemuan dengan parti pembangkang lain bagi menghadapi PRU ke-15.

Semalam, Pejuang mengesahkan parti itu tidak akan bergerak secara solo bagi menghadapi PRU15 yang akan datang.

Mukhriz berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan secara tidak rasmi dengan beberapa parti sama ada parti dalam kerajaan, pembangkang atau parti-parti yang berkecuali.

“Kemungkinan besar kita tidak akan sertai PRU15 dengan berseorangan. Jadi kita memang dah bincang dengan beberapa parti termasuk parti kerajaan, pembangkang dan parti yang tidak menyokong mana-mana pihak (berkecuali).



“Perbincangan itu dibuat secara tidak formal dan perbincangan formal akan diadakan dalam masa terdekat. Kita terbuka untuk kerjasama ini, baik dari segi gabungan atau pakatan literal,” katanya pada sidang media selepas perasmian Pemukiman Pejuang Kelantan, di kota Bharu.

Bagaimanapun Mukhriz berkata perbincangan dengan parti-parti dalam PH setakat ini tidak melibatkan PKR.

Mengulas lanjut Khalid berkata, Amanah bertemu dan berbincang dengan kesemua parti pembangkang tidak hanya melibatkan PH.

“Amanah mengusahakan penyatuan semua parti pembangkang seperti dijelaskan dalam konsep khemah besarnya.



“Kita bertemu dan berbincang dengan semua parti pembangkang dan kesatuan pembangkang telah berjaya menolak usul SOSMA tempoh hari,” katanya lagi.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker