Klopp rayu FIFA ‘lindungi’ bola sepak Eropah daripada Arab Saudi

Klopp rayu FIFA ‘lindungi’ bola sepak Eropah daripada Arab Saudi

Jurgen Klopp menggesa badan bola sepak dunia, FIFA agar ‘melindungi’ bola sepak Eropah daripada ancaman pembelian besar-besaran kelab Arab Saudi.

Pengurus Liverpool itu bimbang dengan tempoh jendela perpindahan Liga Pro Saudi yang akan ditutup pada 20 September berbanding Eropah iaitu 1 September.



“Perkara yang paling teruk ialah jendela perpindahan di Arab Saudi dibuka selama tiga minggu lebih lama. Sekurang-kurangnya di Eropah, itu tidak membantu.

“Jadi FIFA dan UEFA (badan bola sepak Eropah) mesti mencari penyelesaian.

“Nampaknya Arab Saudi mempunyai pengaruh sangat besar,” katanya.

Kata Klopp kelab-kelab Arab Saudi boleh menyebabkan malapetaka dengan mencetuskan klausa pelepasan untuk bintang-bintang dunia, menye­babkan kelab Eropah sukar menyekat apabila pemain-pemain ditawarkan gaji lumayan.



Reds berdepan masalah te­rutama di jentera tengah apabila kehilangan kapten, Jordan Henderson kepada Al-Etiffaq dengan harga 12 juta pound (RM69.67 juta) dan Fabinho kepada Al-Ittihad dengan harga 40 juta pound (RM232 juta).

Sementara itu, Roberto Firmino menyertai Al-Ahli selepas kontraknya di Anfield tamat.

Klopp juga terpaksa menangkis tawaran 43 juta pound (RM249.6 juta) oleh Al-Hilal untuk penyerang Colombia, Luis Diaz.

Sementara itu, Bos Manchester City, Pep Guardiola turut memberi amaran mengenai ‘an­caman’ kelab da­r­ipada Arab Saudi apabila telah kehila­ngan ­Riyad Mahrez yang menyertai Al-Ahli. Utusan



Klopp rayu FIFA ‘lindungi’ bola sepak Eropah daripada Arab Saudi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”



“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah



Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker