Penyelesaian 2 negara, Muhyiddin sembang apa?

Kalau kita berhasrat untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita mesti terlebih dahulu memahami masalah sebenarnya. Kalau tidak kita hanyalah beretorik tanpa kesungguhan sebenarnya.

Apabila Perdana Menteri Muhyiddin Yasin masih bercakap isu penyelesaian cara penubuhan ‘dua negara’ bagi masalah Palestin-Israel, ia memberi gambaran memalukan yang kerajaan Malaysia hari ini ketinggalan perkembangan keadaan semasa isu Palestin dan perlu lebih serius.

Dalam satu forum isu Palestin baru-baru ini, kedua dua panel dari MyCare dan Amanah berpendapat Muhyiddin telah ‘ketinggalan bas’ dalam perkembangan Palestin.

Konsep penyelesaian ‘dua negara’ asal antaranya berteraskan hak rakyat Palestin pulang ke tanah negara mereka (right of return), dengan dikembalikan hak mereka menghuni bumi Palestin.



 

Dunia umum tahu Israel menolak hak untuk rakyat Palestin pulang ke tanah asal mereka malahan terus meningkatkan rampasan tanah Palestin dan membina rumah untuk orang Yahudi Israel di atas tanah tersebut.

Terkini adalah usaha merampas tanah Palestin di Sheikh Jarrah yang menimbul ketegangam semasa. Dinding halangan konkrit tinggi dibina untuk memisahkan keluarga rakyat Palestin.

Terbaru juga Humans Rights Watch, sebuah NGO terkemuka antarabangsa mengisytiharkan polisi Israel hari ini berbentuk Apartheid – dasar perkauman yang haram diamalkan. Rakyat Palestin di Israel juga tidak diberi suntikan vaksin Covid-19 yang hanya untuk bangsa Yahudi Israel.



Sheikh Jarrah

 

Kalau rakyat Palestin sekian lama dirampas tanah dan dihalau serta tidak dibenarkan pulang, dan yang masih di Palestin sedang terus dirampas tanah dan dihalau, bagaimanakah konsep right of return untuk penyelesaian dua negara (two nation state) hendak dilaksanakan ?

Beratus-ratus resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tentang hak Palestin telah dilanggar dan diingkari Israel.



Tambah lagi Israel telah memindahlan ibu negaranya ke Baitulmuqaddis dengan persetujuan Amerika Syarikat, termasuk juga Deal of the Century oleh Presiden Donald Trump yang mengetepikan lebih banyak hak rakyat Palestin.

Belum hantar duta khas

Penyelesaian dua negara apakah yang Muhyiddin masih bercakap hari ini? Dunia umum telah mengetahui konsep two state solution ini telah lama berkubur dengan tindak tanduk Israel dan juga sekutunya Amerika Syarikat.

Muhyiddin tidak dan belum pun lagi menghantar Duta Khas Timur Tengah, Abdul Hadi Awang ke negara negara Arab untuk melobi ‘sahabat baru’ Israel seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) – Dubai, Bahrain, Sudan, Mesir dan Arab Saudi untuk meminta mereka memainkan peranan meminta Israel mencapai pendamaian adil dengan Palestin.



Muhyiddin dan Hadi

 

Selagi itu, Malaysia belum kelihatan betul-betul bersungguh dan serius dalam usaha membela Palestin hari ini.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah dahulunya menentang keras konsep penyelesaiaan cara dua-negara tetapi hari ini perdana menteri pula memperjuangkan konsep dua negara.



Ke mana arah tuju dan pendirian Malaysia hari ini sebenarnya?

Muhyiddin perlu faham keadaan semasa dan kedudukan Palestin sebenarnya sebelum membuat kenyataan yang boleh menjejas imej serta kredibiliti Malaysia di pentas dunia antarabangsa.

Satu lagi kenyataan Muhyiddin baru-baru ini yang menyatakan tokoh pejuang Palestin Ismail Haniyeh berberada di Gaza semasa berhubung melalui panggilan telefon dengan beliau menunjukan betapa terpisahnya pemimpin Malaysia dari keadaan sebenar semasa.

Seluruh dunia umum tahu Ismail Haniyeh telah bertahun terpaksa keluar dari Gaza dan tinggal di Doha kerana ancaman Israel.



Ini membayangkan betapa kurangnya maklumat dan fakta semasa disampaikan kepada beliau oleh barisan penasihat kerajaan tentang keadaan pemimpin Palestin dan di Palestin.

Raja Bahrin Shah


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Najib tegur kerajaan perlu wajibkan kuarantin 14 hari dari semua negara

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker