Covid-19 : 1925 kes baru hari ini dengan 2 kematian

Status terkini COVID-19 setakat 29 Disember 2020

Jumlah sembuh baru: 1123 kes
Jumlah kumulatif discaj: 86715 kes (79.8%)

Jumlah kes baru: 1925 kes
Jumlah kumulatif: 108618 kes
Jumlah kes aktif: 21443 kes



Kes tempatan: 1915 kes
Kes import: 10 kes

Jumlah kematian baru: 2 kes (2 WN)
Jumlah kumulatif kematian: 457 kes (0.42%)

Jumlah kes di ICU: 117 kes
Pesakit intubated: 55 kes



Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti sembilan kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, dan Kuala Lumpur.

Kluster yang dikenal pasti adalah Seri Lanang, Jalan Chu, Tapak Bina Awan Puteh, Integra Ikon, Jalan Satang, Tembok Mempaga, Timbang Dayang, Teguli, dan Rambai.



Pada hari ini, 29 Disember 2020, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,925 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 108,615 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 21,443 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,915 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 747 kes (38.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 625 kes (83.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 360 kes (18.7 peratus) dan Pahang sebanyak 288 kes (15.0 peratus). Peningkatan kes di Pahang dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Mempaga yang melaporkan sebanyak 282 kes (98.0 peratus).

Sebanyak 307 kes (15.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga (282 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Tembok Gajah (9 kes), Kluster Tembok (3 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), dan Kluster GK Tawau (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.



Sehingga kini, terdapat 117 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 55 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker