Ingatkan Terer Sangat…Batal Hasrat Bakar Diri, Panas Sangat

Johor Bahru: Seorang lelaki yang membakar dirinya selepas menyimbah badan dengan petrol membatalkan niat membunuh diri kerana tidak mampu menahan panas dengan terjun ke parit di Jalan Ngee Heng di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.53 pagi, lelaki berusia 39 tahun itu mengalami cedera dan melecur pada bahagian tangan dan badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Timbalan Penguasa Bomba l Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, mangsa mengalami melecur sebanyak lima peratus.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang lelaki dewasa membuat cubaan membunuh diri.

“Pihak bomba mengangkat mangsa dalam parit sebelum menyerahkannya kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

“Mangsa terjun ke dalam parit selepas tidak tahan dengan kepanasan. Mangsa dalam keadaan sedar dan diserah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Kita tidak tahu apa motif lelaki berkenaan mahu membunuh diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Seramai 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan sebuah jentera, satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian-HM

Macam Macam Hal…Suami Isteri Ditahan Bakar Wang Kertas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker