CUEPACS akur dengan keputusan Kerajaan Madani tidak beri bonus raya tahun ini

Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan bahawa tiada bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri tahun ini.

Setiausaha Agung Abdul Rahman Mohd Nordin berkata pihaknya tidak akan merayu kerana memahami situasi kewangan kerajaan ketika ini.

“Kita terima. Takkan kita nak menentang juga. Kita akur sebab dia kata tak lama lagi nak naik gaji,” katanya kepada FMT.



Semalam Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan ketiadaan bantuan khas kewangan Aidilfitri disebabkan kerajaan baru sahaja meluluskan insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam berjumlah RM2,000 pada 28 Feb lalu.

Pada 15 Mac lalu, Cuepacs dilapor menggesa kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sempena Aidilfitri.

Presiden Adnan Mat merayu supaya pentadbiran Anwar mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, Rahman berkata, kerajaan negeri mampu memberikan bantuan khas Aidilfitri kerana mempunyai peruntukan lebih serta jumlah kakitangan yang tidak ramai.



“Kenaikan gaji ni menggunakan kos yang tinggi. Kadangkala kena akur dengan keputusan kerajaan. Kita tak ada mohon (bantuan khas Aidilfitri) dalam masa terdekat. Takkan kita nak menentang. Kita kena jaga keharmonian,” katanya.

Subscribe

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker