Krisis Rusia-Ukraine: Kejutan Krisis Minyak 1973 Bakal Berulang Kembali?

Krisis Rusia-Ukraine: Kejutan Krisis Minyak 1973 Bakal Berulang Kembali?

PARIS: Lonjakan harga bahan api yang disebabkan oleh kempen pencerobohan Rusia di Ukraine akan memberi kesan setanding dengan kejutan minyak pada 1973.

Kebimbangan disuarakan Menteri Ekonomi Perancis, Bruno Le Maire ketika persidangan di Paris pada Rabu.

“Kira-kira 49 tahun yang lalu, krisis minyak pada masa tersebut telah mengakibatkan kejutan inflasi selain bank pusat meningkatkan kadar mereka secara besar-besaran sehingga memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi. Ia digelar sebagai stagflasi yang seboleh-bolehnya mahu dielak pada 2022,” ujarnya.
Difahamkan, kejutan minyak pada awal 1970-an itu berpunca daripada Perang Yom Kippur apabila Mesir dan Syria melancarkan operasi ketenteraan ke atas Israel.

Ketika itu, negara Arab terdiri daripada enam anggota Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengisytiharkan embargo eksport ke atas negara yang menyokong Tel Aviv terutama sekutu rapatnya, Amerika Syarikat (AS).

Mereka bertindak menaikkan harga minyak sebanyak empat kali ganda kepada AS$11.65 (RM49) setong sehingga mencetuskan kemelesetan di negara Barat selain inflasi yang tinggi.

Sejak awal minggu lalu, harga borong minyak mentah dan gas telah melonjak disebabkan kebimbangan bekalan susulan krisis semakin meruncing di Ukraine.

Tindakan melulu AS dan Britain mengumumkan untuk melarang import bahan api dari Rusia sebagai respons terhadap kempen serangan Rusia juga telah mencetuskan satu lagi lonjakan harga.

Harga minyak mentah penanda aras global, Brent meningkat sehingga hampir AS$130 (RM544) setong pada Rabu.-SH

Krisis Rusia-Ukraine: Kejutan Krisis Minyak 1973 Bakal Berulang Kembali?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker