Usah dirindu calon lama, popular yang tersungkur

SELESAI sudah rakyat Malaysia mengundi. Memilih kepimpinan negara bagi satu penggal akan datang. Bukan tugas mudah namun masih ada yang menjadikannya remeh.

Remeh apabila terdapat beberapa individu tidak tahu cara membuang undi. Pangkah di ruangan kosong atau cop menggunakan dakwat pada jari.

Kedengaran lucu namun sebenarnya sambil lewa. Jika dakwat di jari terkena kertas undi maka ia dikira undi rosak, ruginya Malaysia ada pengundi culas.



Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan 369 calon berputih mata apabila hilang wang deposit RM10,000 sementara 129 calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Perlis dan Perak hilang wang pertaruhan RM5,000.

Kehilangan ini bukan sahaja melibatkan calon baharu, bebas tetapi heavyweight. Sukar diterima namun kuasa pengundi mengatasi segalanya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad gagal mempertahankan Parlimen Langkawi apabila memperoleh 4,566 undi, kekalahan kali pertama sejak 70 tahun dalam politik.

Pilihan raya getir ini turut menyaksikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz hilang kerusi Parlimen Jerlun. Besar kemungkinan legasi anak beranak ini akan ‘terkubur’.



Turut ‘hangus duit’ barisan selebriti, aktivis dengan Parlimen paling banyak kehilangan wang pertaruhan adalah Parlimen Batu iaitu lapan daripada 10 calon.

Sabtu lalu juga menyaksikan calon paling lama, berpengalaman, popular tidak mampu mempertahankan kerusi apatah lagi mencuri perhatian pengundi muda.

Tengku Razaleigh Hamzah tewas kepada Pas sekali gus kehilangan kerusi Gua Musang yang disandangnya sejak 1986. Kekalahan pertama dalam karier politik Ku Li selama lebih 50 tahun.

Gelombang hijau benar-benar menyerlah PRU15, sapu bersih semua Parlimen Kelantan.



Turut berakhir kerusi Permatang Pauh yang diwarisi ratu reformis Nurul Izzah daripada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Impian Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut lebur. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga gagal mempertahankan Parlimen Putrajaya yang disandangnya sejak 2004.

Pengundi telah menghantar mesej jelas buat semua 944 calon yang bertanding pada PRU15. Popular bukan faktor anda dipilih, pengalaman bukan bonus tetapi parti mempengaruhi undi lebih 21.1 juta pemilih.

Jumlah views cecah puluhan ribu, ceramah penuh sehingga terpaksa berhimpit walau dalam hujan bukan penentu kemenangan, bukan juga kawasan putih.



Kemeriahan sambutan tiap kali calon turun padang bukan jaminan dan PRU15 memberi kejutan, pengundi senyap buat pergerakan luar biasa.

Cukuplah ‘menjual’ diri, mendabik dada kekuatan yang ada kerana ia tidak menjamin apa-apa sekali pun parti tertua dan keramat. Berubah dan menyerahlah pada yang kalah.

Ketika ini, kita ‘diraikan’ dengan perbalahan, perletakan jawatan dan perebutan. Berbincanglah dengan baik supaya tiada lagi kerajaan pintu belakang.

Siapa Perdana Menteri ke-10? Kita tunggu sehingga pukul 2 hari ini. Itulah PM pilihan anda semua.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker