Malaysia layak ke Piala Asia B-23

Malaysia layak ke Piala Asia B-23

Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara layak ke Piala Asia B-23 di Doha, Qatar pada tahun hadapan selepas muncul antara empat pasukan naib juara kumpulan terbaik dalam aksi kelayakan.

Malaysia layak sebagai salah satu daripada empat pasukan di tangga kedua terbaik selepas muncul naib juara Kumpulan H dengan mengutip enam mata hasil daripada dua kemenangan.

Dalam aksi Kumpulan H, Malaysia menewaskan Bangladesh 2-0 dan membelasah Filipina 4-0.

Untuk rekod, ia adalah penampilan ketiga skuad negara di Piala Asia B-23 selepas melakukannya pada tahun 2018 dan 2022.

Terdahulu semalam, anak-anak buah E. Elavarasan tewas 1-0 kepada Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan H, sekali gus memaksa mereka menunggu sehingga semua aksi kelayakan selesai untuk melihat sama ada layak atau tidak ke Piala Asia B-23.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara sekadar menamatkan kedudukan di tangga kedua kumpulan manakala, Thailand selaku juara kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir tahun depan.

Tiga lagi pasukan naib juara kumpulan terbaik yang layak ke Piala Asia B-23 ialah ialah Kuwait, Tajikistan dan China. Utusan

Malaysia layak ke Piala Asia B-23

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker