Keluarga lain mahu bersatu juga, bukan timbalan menteri saja ada keluarga – NGO

PETALING JAYA: Satu kumpulan menggesa kerajaan membenarkan pasangan serta keluarga yang terpisah akibat penutupan sempadan turut dibenarkan bersatu susulan pengakuan seorang timbalan menteri bahawa beliau berada di New Zealand.

Kumpulan Penyokong Pasangan Asing (FSSG) turut menggesa kerajaan mempercepatkan proses untuk menyatukan semula keluarga yang terpisah akibat penutupan sempadan negara serta perbezaan kerakyatan.

Pengasas bersama FSSG, Bina Ramanand berkata, walaupun menganggap baik Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara dapat berada bersama keluarganya di New Zealand, beliau turut mengharapkan nasib sebaik itu untuk keluarga lain dalam keadaan sama.



“Pasangan dan anak yang bukan warga tempatan di sini terpisah daripada keluarga mereka yang merupakan warganegara sejak berbulan-bulan lalu, walaupun pelbagai rayuan dibuat kepada Jabatan Imigresen,” katanya, dengan menggesa kerajaan meneliti semula prosesnya supaya keluarga terkesan dapat disatukan semula.

Timbalan Menteri Wilayah ulang alik ke New Zealand, undang kemarahan rakyat – Najib Razak

“Rakyat asing yang tinggal di Malaysia kerana bekerja untuk syarikat multinasional bukan saja dinafikan pas lawatan sosial jangka panjang, malah ada yang diminta meninggalkan negara ini.



“Tidakkah keluarga ini juga berhak tinggal bersama di Malaysia? Kami menggesa perdana menteri melayan rakyat biasa ini sama rata dengan golongan kenamaan,” katanya.

Pada 28 Feb lalu, bekas perdana menteri, Najib Razak mendedahkan Santhara berada di New Zealand hampir tiga bulan lalu.

Ahli Parlimen Segamat itu terbang ke New Zealand pada 23 Dis lalu dan sehingga kini belum pulang ke tanah air.

Semalam, Santhara menjelaskan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meluluskan cutinya selama 55 hari untuk berada di New Zealand bersama keluarganya, termasuk isteri yang sakit.



Laporan lain mendakwa keluarganya pemastautin di situ manakala anaknya belajar di Auckland. Turut didedahkan bahawa keluarga itu telah memohon kerakyatan New Zealand 10 tahun lalu dan cuba membeli tanah di “kawasan sensitif” namun ditolak.

Tim. Menteri mohon cuti 55 hari lawat keluarga di New Zealand



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker