Kerajaan menang rayuan pencen tertunggak untuk pesara berusia 103 tahun

Gambar Hiasan***

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan kerajaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi untuk membayar pencen tertunggak kepada seorang pesara berusia 103.

Panel tiga hakim dipengerusikan Yaacob Md Sam berkata, Mahkamah Tinggi tersilap apabila membenarkan semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kerajaan.

Yaacob bersidang bersama P Ravintharan dan Darryl Goon Siew Chye dalam prosiding diadakan secara maya itu.

Mahkamah turut mengetepikan kos RM50,000 diberikan Mahkamah Tinggi kepada Alagan Mayalagan.

Pada 5 Dis 2018, Hakim Mahkamah Tinggi Faizah Jamaludin membenarkan permohonan Alagan untuk mengetepikan keputusan JPA dan kerajaan yang meletakkannya pada gred rendah seterusnya menyebabkannya menerima pencen yang lebih rendah.

Mahathir sanggup potong pencen 10 peratus? Celah gigi saja..

JPA kemudian diarahkan mengira semula jumlah dihutangkan kepada Alagan dan membayar tunggakan berkenaan.

Ketika keputusan berkenaan pada 2018, peguamnya M Manoharan menganggarkan Alagan mungkin mendapat kira-kira RM100,000 termasuk faedah dan tunggakan 38 tahun.

Alagan bersara pada 1971 selepas bertugas 33 tahun dengan Keretapi Tanah Melayu (KTM) sebagai pemandu kren.

Ketika itu Manoharan berkata Alagan menerima pencen bulanan RM1,065, iaitu RM150 kurang daripada sepatutnya diterimanya.

Katanya ketika itu, ini susulan kiraan semula yang dilakukan pada 1980 seterusnya mengakibatkan penurunan gred Alagan.

Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin hadir bagi pihak responden.

Alagan masih boleh merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker