Tokwan, Berhentilah Berbohong dibulan Ramadhan.

“Dia” punya bohong masa Ramadhan boleh tahan.

1. Penyelesaian Riza bukan “plea bargain”. Memang benar Malaysia tak amalkan konsep itu dalam kes Riza sebab kes Riza bukan plea bargain.

Ini pembohongan bulan Ramadhan pertama Tun Mahathir.

2. “Plea bargain” biasanya digunakan dalam kes jenayah bukan saman sivil.



Sebab itu, kes Riza cuma penyelesaian kes AMLA – seperti apa yang telahpun dipersetujui oleh ramai lagi pihak sebelum ini untuk mengelak perbicaraan yang mungkin bertahun-tahun lamanya dan menelan kos yang besar.

3. Ini ialah kerana Riza tak pernah didakwa bawah kes jenayah kanun keseksaan. Dia dituduh bahawa akta AMLA – seperti yang dikenakan ke atas Jakel, Naza, Institut Terjemahan & Buku Malaysia , Yayasan Tun Hussein Onn dan lain-lain.

“1MDB: Yayasan Tun Hussein Onn kemuka representasi berhubung wang RM1,980,328.37 juta”

1MDB: Yayasan Tun Hussein Onn kemuka representasi berhubung wang RM1,980,328.37 juta



4. Riza tak pernah didakwa curi atau rompak atau salah guna kuasa atau bersubahat dengan Najib untuk curi, rompak atau salah guna kuasa – baik di Malaysia ataupun di Amerika Syarikat.

Ini pembohongan kedua Tun Mahathir.

5. Riza juga bukan pulangkan hanya separuh dari wang yang disyaki berkait dengan 1MDB diterima Riza seperti didakwa Tun Mahathir.



Riza sudahpun pulangkan sebahagian dalam penyelesaian US$60 juta tahun lepas dan juga telah membayar balik puluhan juta dolar kepada pelabur Abu Dhabi sebelum tahun 2016 seperti didedahkan dalam rakaman audio dibongkar SPRM.

Adalah amat tidak masuk akal bahawa kedua-dua DOJ dan peguam negara tak mahu ambil balik kesemua dana yang disyaki ada masalah.

Ini pembohongan ketiga Tun Mahathir.

6. Dana dan aset yang Riza setuju bayar balik di Malaysia BUKAN sudah diambil atau dimilik DOJ Amerika Syarikat. Tiada keputusan dan penyelesaian di Amerika Syarikat pernah dicapai bahawa aset-aset itu diserahkan kepada Amerika Syarikat.



Ini pembohongan bulan Ramadhan ke-empat Tun Mahathir.

7. Peguam Negara dilantik Tun Mahathir juga yang mencatat persetujuan untuk pertimbangkan dan meneruskan penyelesaian dengan Riza SEBELUM kerajaan PH tumbang.

Ini pembohongan kelima Tun Mahathir apabila dia salahkan kerajaan PN.

Catatan Tommy masih ada di atas kertas. Apa komen Tommy tentang catatan dia?



“Itu memang gaya saya. Setelah membaca surat itu, saya tulis beberapa perkataan atau ayat kepadanya. Saya tiada akses ke surat asal dengan tulisan tangan saya itu. Kerana kekurangan ini, saya tidak dapat mengulasnya,” katanya dalam kenyataan.”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/18/thomas-sahkan-ada-tulis-tentang-penyelesaian-riza-tapi-takkan-khianat-kepercayaan/

Dia mengesahkan bahawa memang dia sendiri pernah tulis untuk suruh pendakwa raya lanjutkan penyelesaian itu tapi dia tak boleh komen lebih kerana dia kata dia tak ada lagi akses kepada tulisan sendiri. Sebab itu, dia tak mahu komen.

Oh ye ke? Sendiri tulis apa dia sudah lupa? Sebab itu dia tak mahu komen?

8. Jika bukti amat kukuh bahawa Riza mencuri, merompak atau bersubahat dengan Najib untuk curi, rompak atau salah guna kuasa, kenapa Tommy tak pernah dakwa Riza atas caj-caj di bawah kanun keseksaan atau akta SPRM tapi pilih akta AMLA sahaja?



Jika bukti amat kukuh bahawa Riza bersalah dan senang untuk menang kes, kenapa Tommy bersetuju untuk pertimbangkan penyelesaian?

Adakah ianya kerana semua transaksi, saksi-saksi, akaun-akaun bank, pembayar pelaburan, penerima pelaburan, penggunaan pelaburan, pemulangan hasil pelaburan berlaku di luar negara dan Riza yang didakwa juga berada di luar negara sepanjang masa itu?

Jika dibicara di mahkamah, adakah Tommy amat yakin dia akan menang.

Tommy boleh ulaskan pada Tun Mahathir.

Sebab itu Tun Mahathir dicanggah oleh peguam sendiri, Haniff Khatri, yang kata penyelesaian kes Riza memang patut.

“The prosecution most probably did not find sufficient evidence to directly link Riza to the primary offences brought against Najib or Low, besides the fact that the money ended up in the accounts.”

“21 Mei 2020: Riza’s DNAA is prudent, says lawyer”
https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2020/05/594309/rizas-dnaa-prudent-says-lawyer

Haniff, ajar sikit anak guam ko tu.

Najib Razak


 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker