Harga ayam boleh cecah RM11 sekilo, jika tak kawal harga

Harga ayam boleh cecah RM11 sekilo, jika tak kawal harga

Harga ayam di pasaran dijangka meningkat sehingga RM11 sekilogram jika kerajaan tidak mengambil langkah intervensi menetapkan harga siling bagi membantu pengguna dalam kenaikan barangan itu.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia berdasarkan tinjauan situasi harga ayam di pasaran termasuk di negara-negara sekitar yang mendorong kerajaan membuat penegasan untuk mengawal harga ayam pada kadar RM9.40 sekilogram dengan tambahan peruntukan subsidi berjumlah RM369.5 juta bagi penetapan harga siling baharu.

Katanya, jawatan kuasa berkenaan juga memberi perhatian berhubung isu bekalan ayam yang dijamin mencukupi berdasarkan data-data yang diberikan oleh pengeluar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Proses memberikan subsidi daripada peringkat yang ditentukan dipermudah dan diharap mulai esok bekalan ayam dapat sampai kepada pengguna. Pada masa sama saya memberi peringatan, penguatkuasaan dipertingkat dan dilaksanakan dengan tegas kerana kemungkinan ramai terlupa mereka yang menjual melebihi had harga barang kawalan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan,” katanya dalam sidang akhbar khas selepas mesyuarat pertama pasukan itu, di sini hari ini.

Penubuhan pasukan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Annuar berkata, pasukan berkenaan juga membuat langkah susulan bagi memperkasakan tindakan penguatkuasaan mengurangkan ketirisan barangan subsidi termasuk mereka yang bertindak menyembunyikan barangan.

Katanya, proses pemberian subsidi akan diperincikan dan diperkemas supaya program itu berkesan dan tidak timbul kenaikan harga semata-mata ada pihak tidak mengikuti peraturan dan undang-undang sedia ada.

Berhubung subsidi minyak masak, jelas beliau, kerajaan tetap meneruskan dasar pemberian subsidi walaupun kenaikan harga minyak kelapa sawit berlipat kali ganda, malah jumlah subsidi meningkat sehingga RM4 bilion berbanding RM2.2 bilion pada tahun lalu untuk jumlah 60,000 metrik tan minyak masak melebihi keperluan rakyat.

Beliau berkata, kesemua peringkat pengedaran minyak masak paket bersubsidi 1kg akan dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya tidak berlaku ketirisan termasuk tindakan menyeludup produk itu keluar dari negara ini. Utusan

Harga ayam boleh cecah RM11 sekilo, jika tak kawal harga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker