Bung Moktar tempelak menteri, jangan beri jawapan sama

Bung Moktar tempelak menteri, jangan beri jawapan sama

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin membidas jawapan Menteri Wilayah Persekutuan di Dewan Rakyat hari ini yang dianggap memberi jawapan sama sejak 15 tahun lalu.

Ia berhubung usaha kerajaan berhubung pelan jangka panjang dan jangka pendek yang membolehkan Kuala Lumpur bebas daripada banjir kilat yang sering melanda apabila hujan turun.

Bung Moktar pada ketika itu ingin mendapatkan jawapan yang benar-benar menjamin supaya keadaan tersebut tidak lagi berulang.

“Jawapan sebegitu saya dengar 15 tahun lalu sudah. Tetapi kuala lumpur banjir juga. Walaupun saya di Kinabatangan, tetapi saya pun ada rumah di Kuala Lumpur.

“Sidang dewan di Kuala Lumpur, apa jaminan menteri dan kerajaan yang Kuala Lumpur tidak banjir-banjir? Berapa peruntukan yang diperlukan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang terhebat di dunia ini, saya mahu jaminan dia.

“Jangan jawapan balik-balik itu sahaja, tetapi tidak selesai,” katanya ketika memberi soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim bagaimanapun menjelaskan yang beliau tidak menjawab soalan itu 15 tahun dahulu.

Dalam masa yang sama, sedikit kekecohan berlaku ketika Shahidan menjawab soalan tambahan yang dikemukakan ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh mengenai bila pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh melaksanakan tugas asal kerana mereka kini ditempatkan di kawasan ‘panas’ yang mungkin dinaiki air.

Ahli Parlimen Hang Tuah, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin ketika itu mencelah : ‘turun padang nak selesai masalah yang berhormat, bukan turun tengok,’

Namun, Shahidan terus menjawab Shamsul supaya berani seperti anak jantan untuk bangun dan memberikan soalan kepadanya.

“Apa masalah yang berhormat? Cakap, kalau anak jantan, bangun seorang-seorang. Ini bukan zoo, lini parlimen.

“Kalau nak cakap, bangun, saya akan hadapi,” katanya. Utusan

Bung Moktar tempelak menteri, jangan beri jawapan sama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]

Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker