Mat Sabu: Khalil Yaakob sokong PH

Sebaran :

Mat Sabu: Khalil Yaakob sokong PH

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob bersama calon Pakatan Harapan (PH) adalah sesuatu yang positif buat gabungan itu.

Katanya, kehadiran Mohd Khalil di Balai Nelayan Tanjung Dahan, Kuala Linggi hari ini memberi impak baik kepada calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Jelasnya sokongan Mohd Khalil secara tidak langsung membuka jalan kepada PH dan Adly Zahari untuk kembali menerajui kerajaan negeri Melaka.



“Kesudian Tun Khalil untuk bersama dengan saya dan calon PH, Julasapiyah Kassim, menyantuni para nelayan di Balai Nelayan Tanjung Dahan, Kuala Linggi petang ini amat menyentuh perasaan.

“Bagi saya secara peribadi, kehadiran tokoh yang amat dihormati oleh rakyat Melaka ini, merupakan suatu yang positif kepada PH.

“Kita harap dengan sokongan Tun, PH akan memenangi PRN Melaka dan saudara Adly kembali menjadi ketua menteri. Insya-Allah,” tulis Mohamad dalam satu catatan di Facebooknya hari ini.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan susulan empat wakil rakyat diketuai bekas ketua menteri Idris Haron menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali.



PH mempertaruhkan Adly sebagai ketua menteri jika PH kembali berkuasa, manakala BN kekal mempertaruhkan Sulaiman.

Perikatan Nasional (PN) belum mengumumkan bakal calon ketua menteri daripada parti itu.

Rakyat Melaka akan menunaikan tanggungjawab bagi memilih kerajaan Melaka yang baru pada 20 Nov ini.

Tun Khalil bukan orang Melaka pun, jadi TYT pun atas ehsan BN. Bila diganti dengan TYT baru merajuk la tu.



Mat Sabu: Khalil Yaakob sokong PH


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN


Sebaran :

Leave a Reply