Benarkah ‘perkahwinan’ PAS-BERSATU retak menanti belah?

Benarkah ‘perkahwinan’ PAS-BERSATU retak menanti belah?

LANGKAWI: Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa hubungan politik PAS dan BERSATU seolah-olah retak menanti belah berikutan tiada lagi persefahaman menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Katanya, perkembangan politik mutakhir menyaksikan bibit perpecahan ketara, khususnya rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti susulan pemilihan calon bertanding di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).



“Mereka (PAS dan BERSATU) berkahwin, tapi perkahwinan itu jelas tidak boleh kekal lama kerana tidak lagi sefahaman menjelang PRN di enam negeri.

“Banyak tempat mereka tidak dapat selesaikan isu pemilihan calon,” katanya ketika ditemui selepas berceramah pada Majlis Ceramah Perpaduan Madani Pengenalan Calon di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rasa kurang senang ahli PAS di DUN Ayer Hangat kerana BERSATU tampil meletakkan calon, sekali gus mengingkari janji untuk memberi laluan kepada PAS bertanding di situ.

Rasa tidak puas hati ahli PAS itu diterjemahkan pada hari penamaan calon Sabtu lalu apabila seorang ahli parti itu, Safwan Hanif Shafie bertanding sebagai calon Bebas di DUN Ayer Hangat.



Perkara sama dilaporkan berlaku bagi DUN Kota Siputeh apabila sebahagian ahli BERSATU kawasan itu menolak pencalonan Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir untuk kerusi itu kerana calon bukan penduduk tempatan.

Mengulas lanjut perkara itu, Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, berkata hubungan dingin kedua-dua parti itu ketika ini memberi kelebihan kepada calon mewakili Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) untuk menang PRN.

“Insya-Allah ada sinar menanti kepada calon-calon dan berkat kerja kuat jentera serta sokongan padu pengundi, PH-BN boleh rampas Kedah pada PRN, 12 Ogos ini,” katanya.

Yang turut hadir, calon BN kerusi DUN Ayer Hangat, Hisham Suhaily Othman dan Ahmad Fauzi Chik (PH, Kuah). BH



Benarkah ‘perkahwinan’ PAS-BERSATU retak menanti belah?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker