[VIDEO] Wanita Cuba Bunuh Diri, Pegang Pisau Atas Bumbung Stesen Monorail


Wanita cuba bunuh diri, pegang pisau atas bumbung stesen monorail
Seorang wanita cuba membunuh diri untuk terjun dari bumbung jejantas Stesen Monorail Jalan Maharajalela hari ini. Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita cuba membunuh diri untuk terjun dari bumbung jejantas Stesen Monorail Jalan Maharajalela hari ini.

Wanita itu juga memegang sebilah pisau dan meletakkan ke leher bertujuan menghalang pihak yang cuba menyelamatkannya.

Kejadian berlaku pukul 8.57 pagi tadi.

Bagaimanapun hasil tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan wanita berusia 39 tahun itu dari bumbung yang berketinggian 30 kaki.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Wan Hamizan Kamaruddin dalam satu kenyataan berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa kini diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya.

VIDEO DIBAWAH:-

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/wG6HdAoF/wanita-cuba-bunuh-diri-pegang-pisau-atas-bumbung-stesen-monorail_hd.mp4[/KGVID]

‘Ustaz’ Dihukum Penjara Sembilan Tahun & Dua Sebatan Kerana Pegang Kemaluan Budak 10 Tahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker