‘Ustaz’ Dihukum Penjara Sembilan Tahun & Dua Sebatan Kerana Pegang Kemaluan Budak 10 Tahun

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 22 November 2018 di rumahnya di Subang Bestari, Shah Alam.

Seorang lelaki dihukum penjara sembilan tahun dengan dua sebatan, selepas didapati bersalah melakukan gangguan seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berumur 10 tahun

Lelaki tersebut yang merupakan seorang guru Bahasa Arab sebuah sekolah rendah dihukum penjara sembilan tahun dengan dua sebatan, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berumur 10 tahun, dengan memegang kemaluan mangsa.

Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak, Yong Zarida Sazali, menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shahril Shaffie, 33, yang turut dipanggil ‘Ustaz’ dalam kalangan anak muridnya, selepas mendapati lelaki itu bersalah di akhir kes pembelaan.

Bukan itu sahaja, Hakim turut mengarahkan tertuduh untuk menjalani khidmat kaunseling pemulihan selama lapan tahun dan pengawasan polis selama tiga tahun setelah selesai menjalani hukuman penjara

Sebelum ini, Hakim Yong Zarida ketika membacakan penghakiman berkata setelah meneliti keterangan-keterangan dan hujahan yang dikemukakan pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu dan pendakwaan berjaya membuktikan kes di luar keraguan yang munasabah.

“Oleh yang demikian mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan atas pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan pihak peguam pembela untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan selesai didengar di Mahkamah Tinggi

Meskipun bergitu Hakim telah menaikkan jaminan dari RM8,000 yang dikenakan sebelum ini kepada RM15,000, beserta syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis berdekatan sehingga rayuan selesai.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki itu dengan cara memegang kemaluan mangsa bagi tujuan seksual, antara pukul 12.15 hingga 12.45 tengah hari pada 22 November 2018 rumahnya di Subang Bestari, Shah Alam.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan boleh dikenakan sebatan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker