Pemilik Facebook sebar berita palsu kematian Pak Lah bakal berdepan tindakan undang-undang

Sebaran :

PUTRAJAYA: Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Facebook yang menyebarkan berita palsu berhubung kematian bekas Perdana Menteri Malaysia itu.

Malah terbaharu, pejabat bekas Perdana Menteri itu mengesan satu lagi hantaran Facebook pemilik nama Mohd. Hasni Izuwan dan Saifulzaman Mahmood yang menyebar berhubung berita palsu status kesihatan Abdullah.

“Pejabat ini menafikan sekeras-kerasnya berita tersebut. Untuk makluman semua pihak, Tun berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga beliau.

“Pejabat Tun Abdullah memandang serius penularan berita palsu ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu,” kata pejabat bekas Perdana Menteri itu dalam satu hantaran di Facebook hari ini.



Justeru, pihak pengurusan pejabat Tun Abdullah berharap masyarakat dapat memastikan dahulu kesahihan dari pihak berautoriti sebelum menyebarkan apa-apa berita bagi mengelakkan kekeliruan.

Terdahulu, berita palsu tersebut tersebar di media sosial sekali gus menimbulkan tanya tanya mengenai status terkini kesihatan Abdullah yang mesra dikenali Pak Lah.

Bagaimanapun, semakan Utusan Malaysia kedua-dua akaun Facebook yang menyebarkan berita palsu itu sudah memadamkan hantaran masing-masing berhubung perkara itu.

 


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Shahrir jawab kritikan Muhyiddin

 

 


Sebaran :

Leave a Reply