Bila nak isytihar Kedah negeri Islam – Mukhriz

Bila nak isytihar Kedah negeri Islam – Mukhriz

Mukhriz Mahathir (PH-Jitra) hari ini secara sinis bertanya kepada kerajaan negeri sama ada ia merancang untuk mengisytiharkan Kedah sebagai negeri Islam, susulan pengumumannya tidak akan memperbaharui lesen perniagaan kedai judi nombor ekor.

Bekas Menteri Besar itu membangkitkan soalan berkenaan selepas seorang penyokong kerajaan memuji keputusan kerajaan negeri mengharamkan kedai judi secara efektif dan menyekat penjualan arak.

Mohd Azam Abdul Samad (PAS-Sungai Limau) sebelum ini berkata, “mana-mana orang Islam yang berfikiran betul” dalam DUN Kedah akan menyokong tindakan sedemikian “seperti yang telah ditetapkan oleh Allah”.

Dia kemudian membacakan ayat al-Quran dan meminta umat Islam dalam persidangan itu bangkit menyokong larangan tersebut.

Semua penyokong kerajaan kemudian bangun dari kerusi dan disertai dua ADUN pembangkang, iaitu Ismail Salleh (PH-Pengkalan Kundor) dan Mohd Asmirul Anuar Aris (PH-Kubang Rotan). Mereka daripada Amanah.

Mukhriz kemudian mencelah dan “mengucapkan tahniah” kepada penyokong PAS dan kerajaan negeri kerana membuat larangan itu.

“Saya ingin bertanya adakah kerajaan negeri berhasrat untuk terus mengumumkan bahawa negeri Kedah Darul Aman ini adalah negeri Islam hanya untuk masyarakat Muslim sahaja?” soal Mukhriz.

Azam menjawab dengan ringkas bahawa masyarakat berbilang kaum adalah “asas” perlembagaan Kedah dan persekutuan.

“Saya tak pastilah kalau ada judi ini dibolehkan oleh agama-agama yang lain, atau pun masyarakat yang bukan Islam merasakan judi ini baik untuk mereka sedangkan kita semua maklum bahawa ia merupakan satu perkara yang diakui oleh semua dalam sosial, jenayah yang boleh berpunca daripada perkara-perkara yang kita sebut tadi,” katanya.

Tan Kok Yew (PH-Derga) kemudian bertanya kepada Azam sama ada statistik menunjukkan kedai judi telah membawa kepada gejala sosial di negeri ini dan beliau berkata beliau perlu menunggu maklum balas Exco kerajaan negeri yang berkaitan.

Simon Ooi (PH-Bakar Arang) berkata, walaupun bukan peminat kedai nombor ekor, beliau menentang perjudian haram yang “berkembang” di negeri ini.

Ooi berkata, semasa menjadi Exco, beliau telah meminta pihak berkuasa tempatan supaya lebih berhati-hati mengeluarkan lesen kepada premis yang menawarkan mesin permainan judi.

Beliau berkata, keputusan untuk menghentikan operasi kedai nombor ekor itu akan membawa lebih banyak premis beroperasi secara haram yang menawarkan perkhidmatan sama. FMT

Bila nak isytihar Kedah negeri Islam – Mukhriz


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker