Ahli UMNO dipecat mahu Zahid didakwa atau berdepan dengan demo sekali lagi

“Jangan nak perasan (kononnya) ada orang tawarkan sertai Kerajaan Perpaduan,” kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Pemimpin Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz memberi amaran bahawa PN mungkin akan menganjurkan satu lagi tunjuk perasaan jika tuntutannya, termasuk supaya Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi didakwa semula, tidak diendahkan.

Tun Faisal antara yang disoal siasat berhubung perhimpunan pada 16 Sept lalu.

“Kita ada tiga tunjutan. Pertama dakwa (Zahid).

“Kedua kita minta dibebaskan SPRM dan Jabatan Peguam Negara daripada kuasa eksekutif dan yang ketiga kita minta keadilan yang jelas untuk semua pihak.

“Jangan ada untuk rakyat satu standard yang lain untuk pemimpin kerajaan satu standard yang lain.

“Jadi apa yang kita minta, dakwa semula yang pertamanya Zahid Hamidi. Kalau tidak, kita mungkin akan buat benda yang sama. Kita akan turun (berdemonstrasi) lagi sekali,” tegasnya ketika bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Tambahan pula, Tun Faisal berkata terdapat isu lain membabitkan kerajaan gabungan PH-BN seperti kenaikan harga barang, kos sara hidup dan lain-lain.

“Banyak isu kerajaan ini yang sepatutnya rakyat ramai-ramai bangkit dan persoalkan

“Cuma yang kali ini kita rasa semua orang percaya bahawa apa yang berlaku pada Zahid Hamidi tidak sepatutnya berlaku.

“Kita minta kerajaan segera ambil tindakan kalau tidak, nampak sangat undang-undang kita ini diperlekehkan dan dipermainkan,” katanya.

Selain disoal polis mengenai perhimpunan tempoh hari, Tun Faisal berkata polis turut menyiasatnya berhubung laporan yang dibuatnya pada hari sama mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan.

“Siasatan yang (orang) lain saya tak tahu…

“Saya juga diminta keterangan berkaitan dengan perhimpunan ini. Jadi bagi saya ini adalah proses biasa yang dilaksanakan oleh polis.

“Walaupun sebenarnya pada pandangan saya siasatan ini tidaklah ada asas yang daripada segi undang-undang, kerana atas perhimpunan aman pertama membenarkan kita sebagai rakyat Malaysia menyuarakan pandangan dan juga perhimpunan,” katanya lagi.

Sabtu lalu, Tun Faisal berkata laporan polisnya meminta pihak berkuasa menyiasat isu DNAA Zahid.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay berkata 25 orang akan disoal siasat berhubung perhimpunan itu, yang didakwa pihak berkuasa tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.

Bagaimanapun, NGO Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa siasatan itu menyalahi undang-undang kerana seksyen tertentu di bawah PAA telah dibatalkan oleh mahkamah pada 2014.

Pada 4 Sept lepas, Zahid diberi DNAA selepas pihak pendakwaan menarik balik 47 pertuduhan berkaitan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi

Salah satu sebab yang disebut ialah timbalan perdana menteri boleh menjadi mangsa pendakwaan terpilih.

Lihat Komen
6

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker