Bebas diikat jamin, Aliff Aziz dan Ruhainies bakal didakwa

Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditahan atas dakwaan berkhalwat pada awal pagi tadi di sebuah kondominium mewah di ibu negara sudah dibebaskan dengan jaminan.

Difahamkan, dua selebriti itu dibebaskan dengan jaminan, sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain dijangka dalam tempoh terdekat.

Aliff dan Ruhainies juga bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sekitar pukul 2 petang tadi.

Terdahulu, adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu dicekup berkhalwat oleh Jawi pada awal pagi tadi adalah abang iparnya, Aliff Aziz.

Tangkapan yang dibuat Jawi difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.

Menguatkan lagi spekulasi, kakak Ruhainies yang juga pelakon dilaporkan turut berada di lokasi serbuan awal pagi tadi.

Sehingga kini, kedua-dua belah pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penangkapan tersebut

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker