Ibnor jual tiga kereta biayai rawatan kanser

Ibnor jual tiga kereta biayai rawatan kanser

Kos rawatan kanser limfoma yang tinggi menyebabkan penyanyi era 1980-an, Ibnor Riza, 62, terpaksa menjual tiga kereta bagi mengumpul dana.

Sejak disahkan menghidap kanser Mac lalu, Ibnor yang terkenal dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah berhabis hampir RM80,000 termasuk wang simpanan untuk membiayai kos rawatan.

“Saya tiada aset melainkan kereta. Itu sahaja cara yang saya nampak untuk mendapatkan duit. Sejak November, saya hilang suara dan tidak boleh lagi keluar mencari rezeki.

“Jadi. saya terpaksa ‘korek’ duit yang ada seperti wang simpanan dan menjual tiga kereta bagi menampung kos perubatan dan sara hidup.

“Namun, duit jualan kereta taklah banyak mana. Jadi, saya perlu cari lagi duit untuk kos rawatan kimoterapi di pusat perubatan swasta yang masih berbaki RM12,000,” katanya ditemui pada pada pelancaran program Mstar Baek di sini, semalam.

Ibnor berkata, suaranya bagaimanapun sudah pulih dan mula menerima undangan membuat persembahan.

Tambah penyanyi berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan itu, beliau tidak kisah jika undangan menyanyi diterima atas dasar simpati.

“Saya cuma hendak cari duit dan berharap ada pihak yang sudi panggil saya untuk buat ‘show’.

“Saya tak kisah dibayar berapa sekalipun tapi biarlah berpatutan. Contohnya, undangan di Singapura, mereka panggil saya sebab simpati dan ingin bantu,” katanya.

Ibnor berkata, beliau sepatutnya menjalani lima pusingan rawatan kimoterapi tetapi hanya

mampu melakukan dua sesi membabitkan kos RM32,000.

Ditanya tidakkah meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pusat zakat, Ibnor berkata, dia sudah memohon, namun, belum ada maklum balas. BH

Ibnor jual tiga kereta biayai rawatan kanser

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker