Pegawai bank songlap simpanan tetap pelanggan beli jongkong emas

Pegawai bank songlap simpanan tetap pelanggan beli jongkong emas

Seorang pegawai bank antarabangsa ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan tujuh kes pecah amanah bernilai kira-kira RM4 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan di Cheras, di sini, pada 21 Sept lepas.



Beliau berkata lelaki itu yang berkhidmat sebagai pengurus perhubungan pelanggan disyaki melakukan pecah amanah dengan menggunakan wang simpanan tetap milik mangsa bagi membeli tujuh jongkong emas untuk dirinya sendiri.

Mohd Kamarudin berkata setakat ini satu kes telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan pada 27 Sept lepas manakala enam lagi sedang disiasat.

“Kita percaya ramai lagi mangsa mengalami kerugian akibat perbuatan suspek namun belum membuat laporan polis. Mereka yang terbabit dinasihatkan tampil membuat laporan di balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. FMT

Pegawai bank songlap simpanan tetap pelanggan beli jongkong emas




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker