Kos permit motosikal di Singapura naik 200%, kini melebihi RM42,000

SINGAPURA – Motosikal menjadi salah satu bentuk pengangkutan paling murah di Singapura namun kos pemilikannya semakin meningkat di negara pulau itu, lapor Bloomberg seperti dipetik laman berita Wion News semalam.

Menurut angka daripada Penguasa Pengangkutan Darat, kos permit motosikal untuk tempoh 10 tahun di Singapura mencecah 12,801 dolar Singapura (RM42,882) pada bulan ini.

Ia meningkat sekitar 200 peratus sejak empat tahun lalu dan lebih tinggi daripada harga sebuah motosikal baharu paling murah di negara Asia Tenggara itu.



Singapura mengawal selia pengeluaran sijil kelayakan atau permit untuk mengurangkan bilangan motosikal dan kereta di jalan raya.

Bilangan motosikal di negara itu terhad kepada kira-kira 142,000 setakat September lalu, manakala terdapat hanya 650,000 kereta secara keseluruhan.

Pemandu memerlukan membayar 20,000 dolar Singapura (RM66,998) pada harga permit sekarang untuk membeli dan mengendalikan motosikal paling murah berharga 5,000 dolar Singapura (RM16,749).

Pensyarah sains politik di Universiti Pengurusan Singapura, Nathan Peng berkata, ia akan menjejaskan pekerja penghantaran yang menggunakan motosikal murah di negara itu.



Pada masa ini, pembaharuan permit sedia ada memerlukan kos sehingga 11,000 dolar Singapura (RM36, 849). Ia adalah lebih murah daripada kos permit baharu tetapi kira-kira enam kali ganda lebih tinggi berbanding sedekad lalu. – Agensi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker