Elaun warden asrama sekolah naik 25% mulai Ogos

KUALA LUMPUR: Setelah hampir 25 tahun kadar elaun warden sekolah berasrama di bawah selian Kementerian Pendidikan tidak disemak, hari ini kerajaan umum elaun tersebut dinaikkan sebanyak 25 peratus.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata berkuat kuasa 1 Ogos, kadar baharu kepada ketua warden dinaikkan kepada RM350 sebulan, manakala bagi warden adalah sebanyak RM300 sebulan.

“Untuk makluman, kali terakhir kadar elaun warden asrama disemak adalah pada 1997,” kata Mohd Radzi menerusi video pengumuman yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.

Selain itu, Mohd Radzi berkata seramai 3,813 warden baharu akan dilantik di 1,874 sekolah berasrama di bawah kementeriannya, dalam usaha memperkasakan portfolio mereka.

Katanya, peningkatan jumlah warden asrama sebanyak 63 peratus iaitu daripada 6,055 orang kepada 9,868 orang itu, akan membolehkan penggiliran tugas warden dapat dilaksanakan di semua sekolah berasrama KPM.

Tambahnya, kedua-dua penambahbaikan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak hampir RM19 juta.
— BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker