Din Glamour tiada ‘job’ dah tiga tahun, hidup makin susah

Din Glamour tiada ‘job’ dah tiga tahun, hidup makin susah

Pelakon dan pengarah era 1990-an, Din Glamour yang berdepan masalah kewangan disebabkan tiada pekerjaan memohon bantuan kerajaan untuk mendapatkan perumahan mampu milik, Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Din atau nama sebenarnya, Sallehuddin Ridzuan, 63, bantuan itu diperlukan kerana sudah tidak mampu membayar sewa rumah RM1,200 sebulan berikutan tidak lagi bekerja.

“Hidup saya dan keluarga sangat susah selepas tidak dapat tawaran kerja lebih tiga tahun lalu.

“Untuk meneruskan kehidupan, kami banyak bergantung kepada belas ihsan keluarga.

“Sewa kondominium yang kami duduki sangat mahal iaitu RM1,200 sebulan serta duit utiliti RM200.

“Mujur Pusat Zakat membantu membayar separuh wang sewa rumah.

“Bagaimanapun, pernah berlaku duit sewa rumah tertunggak lebih enam bulan, tahun lalu.

“Disebabkan itu, saya berharap dapat bantuan memperoleh rumah PPR bagi mengurangkan beban,” katanya ditemui pada Program Ziarah Seni Madani Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 2024 di Bukit Antarabangsa, di sini, hari ini.

Program Ziarah Seni Madani itu menyaksikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bersama Pengerusi FINAS, .Datuk Kamil Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Muttalib menyantuni Din dan menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan makanan.

Din berkata, dia pernah cuba memohon rumah PPR sebelum ini, namun hasilnya sangat mengecewakan.

“Saya ada memohon menerusi kuota Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) sebanyak dua kali, namun mengecewakan.

“Saya juga pergi ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membuat permohonan secara terus, namun diminta menunggu giliran,” ujar pelakon filem OK ini.

Din menetap di kondominium berkenaan bersama isterinya, Noorin@Norain Md Saad dan dua cahaya matanya sejak enam tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Din yang kini diagnosis masalah paru-paru berharap semoga diberi peluang pekerjaan.

“Ramai ingat saya masih sakit. Selepas menjalani pembedahan tahun lalu, keadaan kesihatan saya sudah 99 peratus pulih.

“Kudrat dan minda saya masih kuat. Cuma, saya perlu membuat rawatan susulan di Hospital Ampang mengikut temu janji ditetapkan.

“Pada pertemuan bersama Fahmi dan FINAS, saya ada juga suarakan hasrat ini.

“Mereka berjanji mahu bantu mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

“Saya ada juga cakap kepada mereka agar janji ditunaikan dan bukannya sekadar janji semata-mata,” ujarnya. BH

Din Glamour tiada ‘job’ dah tiga tahun, hidup makin susah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir

Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong

https://mykmu.net/2024/04/03/wanita-tikam-mati-lelaki-ketika-lakukan-

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker