Kereta McLaren Artura bernilai RM1 juta terbakar ketika pandu uji [VIDEO]

KERETA McLaren Artura terbakar semasa dibawa keluar untuk dipandu uji. – AGENSI

Sebuah kereta sport hibrid plug-in McLaren yang bernilai kira-kira 190,000 pound (RM1.09 juta) dilaporkan terbakar ketika sesi pandu uji kenderaan itu.

Lapor Daily Mail, kereta McLaren Artura terbakar semasa dibawa keluar untuk dipandu uji kira-kira 1.6 kilometer dari bilik pameran pengedar kenderaan berkenaan.

McLaren Artura merupakan kereta elektrik pertama dihasilkan oleh pengeluar supercar itu.

Beberapa gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan serpihan hangus kereta sport hibrid plug-in itu yang pernah ditarik balik di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini atas sebab risiko kebakaran.

Pasukan anggota bomba tiba di lokasi kebakaran di Pontefract Road di Stourton, Leeds kira-kira pukul 2.35 petang (waktu tempatan).

Jelas bomba, api berjaya dipadamkan kira-kira 30 minit kemudian, tanpa sebarang laporan kecederaan.

Difahamkan, kereta sport hibrid itu sedang dipandu uji oleh seorang pelanggan dan pekerja bilik pameran sebelum ia terbakar.

Kedua-dua individu itu berjaya melepaskan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

McLaren Artura boleh memecut hingga 96.5 kilometer sejam dalam masa 2.6 saat dan mencapai kelajuan maksimum 329 kilometer sejam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker