Peruntukan vernakular: Ingat, PN jangan tunduk desakan ultra kiasu

Tunduk desakan tak adil kepada sekolah kebangsaan, pelajar SMJKC

BANGI, 21 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diingatkan untuk tidak mempedulikan desakan ultra kiasu berhubung peruntukan sekolah vernakular.

Tunduk kepada desakan mereka bermakna kerajaan telah berlaku tidak adil kepada sekolah aliran kebangsaan, termasuk pelajar Cina di sekolah menengah jenis kebangsaan Cina (SMJKC).

Pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah percaya, ultra kiasu melompat seperti katak kepanasan apabila kerajaan tidak menyediakan peruntukan khas kepada sekolah vernakular dan sekolah menengah persendirian Cina (SPMC) dalam pembentangan Belanjawan 2021, semalam.

Tegasnya, SMPC tidak berhak menerima peruntukan belanjawan kerajaan kerana melahirkan ramai ultra kiasu berkiblatkan Taiwan.



Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan mengapa SMPC dibantu sedangkan saban tahun sekolah itu terus membesar dengan bangunan tambahan baharu dan kelengkapan serba canggih.

Beza Cina Thai, Cina Indon dengan sebahagian Cina ultra kiasu Malaysia

“Jika tidak percaya, pergi tengok sendiri 60 SMPC seluruh negara, sudah menjadi seperti sebuah universiti. Tidak puas lagi.



“Baca sejarah SMPC. Dahulu kerajaan bagi pilihan, sama ada mahu diserapkan dalam sekolah bantuan kerajaan menjadi sekolah menengah jenis kebangsaan Cina (SMJKC), atau kekal menjadi sekolah persendirian.

“Ultra kiasu ini bermati-matian mahu keluar daripada sistem, mahu menjadi sekolah persendirian. Menolak tawaran kerajaan. Sekarang, kamu desak kerajaan iktiraf UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu). Malangnya, ada kerajaan negeri yang sudah pun mengiktiraf,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Prof Mohd Ridhuan Tee berkata, sekarang keperluan kerajaan tertumpu kepada pandemik COVID-19 bukannya ultra kiasu.

“Tidak bantu pun sekolah kamu sudah macam universiti. Cuba bandingkan dengan sekolah agama yang lebih layak dan disebut dalam Perlembagaan. Macam bumi dengan langit bezanya. Nak menunjukkan hebatnya SMPC.



“Sama juga sekolah vernakular seperti SJKC/T. Tidak ada apa-apa peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan berkaitan bantuan kepada sekolah vernakular.

“Jika ada bantuan sebelum ini, menunjukkan inilah kebaikan kerajaan yang diketuai oleh majoriti Melayu Islam,” katanya.

Sekolah Vernakular: Sejak bila pemuda ultra kiasu pandai guna istilah ‘assobiyah jahiliyah’



Beliau menjelaskan yang termaktub dalam Perlembagaan mendapat bantuan adalah semua sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sebab itu katanya, sijil UEC tidak diiktiraf sebagai sijil rasmi kerana totok sijil Cina.

“Nak bantu dan iktiraf macam mana. Nasihat saya, kamu sudah bawa sijil ini untuk diiktiraf oleh negara-negara dunia lain, bawalah sijil ini ke negara tersebut. Kenapa perlu minta kerajaan iktiraf dan desak kerajaan bantu. Kerajaan tidak perlukan bakat ultra kiasu seperti ini.

“Tidak ada dalam dunia ini, kerajaan yang sebaik kerajaan Malaysia yang membantu sekolah yang terkeluar daripada aliran. Namun, kerajaan bantu juga. Tetapi mereka terus menjadi ultra kiasu,” katanya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker